...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Tuesday 18 November 2014

MALAYSIA'S EASTERN ZONE CLUSTER SCHOOL'S ACTION SONGS COMPETITION NATIONAL LEVEl 2014

TARIKH : 15 NOVEMBER 2014
HARI : SABTU
TEMPAT : DEWAN BATU BERSURAT,MUZIUM NEGERI TERENGGANU

KEPUTUSAN RASMI : 
JOHAN : SK RANTAU PETRONAS
NAIB JOHAN : SK KUBANG KERIAN 3
KETIGA : SK KAMPUNG FIKRI ( SG TONG )

Sabtu - 15 Nov 2014 yang lalu telah berlangsung Pertandingan Action Songs Peringkat Kebangsaan di Dewan Batu Bersurat Muzium Negeri Terengganu. Sebanyak 10 buah sekolah yang telah menyertai acara tersebut iaitu, 3 dari Negeri Kelantan, 1 dari Negeri Pahang dan 6 dari Terengganu.
Ucapan Syabas yang tidak terhingga kepada semua guru terutamanya jurulatih Cikgu Wan Izimi,Ustazah Aini dan Cikgu Yuzrida di atas kejayaan yang dicapai pasukan action songs SKKFST pada kali ini.Ucapan terima kasih juga kepada Tuan Haji Kipayatu'Allah bin Dato' Mohd Said ( Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Setiu ) kerana sudi datang ke Majlis pada hari itu dan seterusnya kepada semua yang terlibat samada secara langsung dan tidak langsung dalam memastikan program berjalan dengan jayanya.

Berita bergambar dikongsi :

Sesi latihan sebelum pertandingan
Pendaftaran peserta
Mantan Guru Besar Turut hadir memeriahkan majlis
Peserta yang menyertai :

Persembahan peserta yang menyertai : 
SK PENGGU, PASIR MAS,KELANTAN
SK PAKA II,DUNGUN, TERENGGANU
SK MAKTAB PERGURUAN KUALA TERENGGANU
SK DATO HASHIM 1,KELANTAN
SKTP SELANCAR 3,MUADZAM SHAH, PAHANG
SK KAMPUNG FIKRI ( SG TONG ) SETIU
SK KUBANG KERIAN III,KELANTAN
SK SERI BERANG, HULU TERENGGANU
SK RANTAU PETRONAS,TERENGGANU
SK GONG BADAK TERENGGANU

Majlis penyampaian hadiah : 

Ucaptama pihak penganjur : Pn Rosliwati bt Sidik Ahmad ( PK Pentadbiran SKKFST )
Ucapan Perasmian Penutup : Tuan Haji Kipayatu'Allah bin Dato'Mohd Said ( KPPD ) Setiu

JAMUAN : 
PEMENANG ACTION SONGS :
JOHAN : SK RANTAU PETRONAS
NAIB JOHAN : SK KUBANG KERIAN 3
KETIGA : SK KAMPUNG FIKRI ( SG TONG )

TAHNIAH DAN SYABAS BAGI YANG MENANG...KITA JUMPA LAGI DILAIN MASA!!!


No comments:

Post a Comment