...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Wednesday 4 March 2015

FRIENDLY MATCH 2015 SKKFST vs SKD

Pada 3 Mac 2015 jam 3.30 petang bertempat di Arena Bola Tampar SKKFST telah berlangsung perlawanan persahabatan Bola Tampar diantara SK Kampung Fikri Sg Tong  dan SK Dusun
Perlawanan ini bertujuan bagi mengeratkan hubungan baik dan silaturahim diantara kedua-dua pasukan. Walaupun Perlawanan ini tidak berpihak kepada tuan rumah namun kita merasa bangga kerana pasukan SKKFST manyahut cabaran daripada pihak lawan.Syabas dan Tahniah kepada Unit Kokurikulum kerana berjaya mengadakan perlawanan tersebut dengan aman dan harmoni.
Tetamu disambut di hadapan Blok Utama sekolah
Perlawanan pasukan perempuan
Perlawanan pasukan lelaki
Menikmati minum petang yang disediakan oleh tuan rumah
Pihak pengurusan mengucapkan jutaan terima kasih kerana sudi bertandang ke tempat kami.Semoga terjalin hubungan yang lebih erat antara kedua-dua pihak.



No comments:

Post a Comment