...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Tuesday 31 March 2015

CERAMAH & PAMERAN KESIHATAN DAERAH SETIU

Ucapan pengerusi majlis dan Tuan Guru Besar SKKFST
Kes demam denggi semakin bertambah di negara kita dari sehari ke sehari. Demam denggi yang berpunca dari gigitan nyamuk Aedes yang membawa virus flavivirus ke dalam salur darah manusia yang boleh menyebabkan demam denggi berdarah malah turut mengakibatkan kepada kematian.
Menyedari tentang bahayanya penyakit tersebut, pihak sekolah telah dikunjungi oleh Pihak Pejabat Kesihatan daerah Setiu semalam. En.Muhammad Muhaswadi bin Muhammad, Penolong Pegawai Perubatan Daerah Setiu telah memberi ceramah yang telah diadakan pada 30 Mac 2015 bertempat di Makmal Komputer SKKFST. Murid-murid telah didedahkan tentang bahaya nyamuk aedes, tempat-tempat pembiakan nyamuk, cara-cara mengawal denggi, simptom demam denggi dan rawatan demam denggi melalui ceramah dan sesi soal jawab. Murid-murid yang menjawab telah diberi cenderahati. Selain itu ada pameran mengenai bahaya aedes di sudut makmal.
Melalui program ini diharapkan warga SKKFST dapat menjadikan amalan kebersihan sebagai budaya cara hidup sihat, memupuk sikap keperihatinan dan komitmen yang tinggi tentang pendidikan pencegahan denggi serta dapat mewujudkan persekitaran sekolah yang bersih, selamat, kondusif dan bebas daripada pembiakan nyamuk aedes.
Antara bahan pameran yang ditunjukkan kepada warga SKKFST
Semasa sesi ceramah diadakan oleh pegawai kesihatan
Murid-murid sedang menjawab soalan kuiz yang telah disediakan
Sesi soal jawab dan hadiah disediakan kepada murid yang berjaya menjawab soalan dengan tepat
 Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pejabat Kesihatan Daerah Setiu kerana sudi datang berkongsi ilmu dan pengetahuan tentang bahayanya denggi ini.Semoga dengan pengetahuan tersebut murid-murid sentiasa dapat mengamalkan kebersihan samada di rumah ataupun di sekolah.


No comments:

Post a Comment