...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Tuesday, 24 March 2015

PERLAWANAN PERSAHABATAN ANTARA SKKFST VS SKKR

SKKFST VS SKKR
Pada 24 March 2015 (Selasa), Perlawanan Persahabatan Bola Tampar kali ke-2 pada tahun ini telah berlangsung Di Arena Bola Tampar SKKFST. Perlawanan itu adalah antara tuan rumah menentang SK Kampung Raja, Besut. Perlawanan ini dijalankan di gelanggang bola tampar SKKFST pada pukul 3.30 petang hingga pukul 5.30 petang.  Perlawanan tersebut berpihak kepada tuan rumah yang mana SKKFST telah menang 2-0 untuk pasukan lelaki manakala seri 1-1 untuk pasukan perempuan.Syabas dan tahniah diucapkan kepada kedua-dua pasukan yang telah berjaya. Diharapkan para pemain meneruskan usaha untuk terus mencapai kecemerlangan.

Tujuan perlawanan persahabatan ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara kedua-dua sekolah terutama dikalangan murid-murid supaya mereka tidak takut untuk berdepan dengan pihak lawan walau di mana mereka berjuang.Sekali lagi bagi pihak pengurusan sekolah,  kami mengucapkan jutaan terima kasih kerana sudi datang ke tempat kami.
"warming-up" sebelum perlawanan bermula
 
Aksi-aksi Perlawanan pasukan lelaki
Aksi-aksi Perlawanan pasukan perempuan
Perlawanan tersebut diakhiri dengan sedikit jamuan makan petang yang disediakan untuk tetamu.

" Candid Camera" 
[ *jgn marah admin...hanya untuk suka2 :) ]
sekian..................................... :))


No comments:

Post a Comment