Sejak akhir-akhir ini cuaca di Malaysia menjadi semakin panas. Mungkin
disebabkan aktiviti manusia yang telah menyebabkan perubahan kepada
sistem aturan cuaca alam. Cuaca yang panas kadangkala membuatkan
seseorang itu cepat letih dan seterusnya cepat marah. Terutama kepada
para-pelajar dan golongan yang bekerjaya, cuaca boleh juga mempengaruhi
emosi mereka pada sesuatu masa.
Antara tanda-tanda tahap kesihatan yang semakin berkurang pada waktu panas yang melampau ialah sakit kepala, keletihan, tumpuan lemah, pening, lemah otot-otot badan atau kekejangan dan berasa mual.
Marilah kita bersama-sama menjaga kesihatan diri terutama pada musim panas sekarang.
Antara tanda-tanda tahap kesihatan yang semakin berkurang pada waktu panas yang melampau ialah sakit kepala, keletihan, tumpuan lemah, pening, lemah otot-otot badan atau kekejangan dan berasa mual.
Marilah kita bersama-sama menjaga kesihatan diri terutama pada musim panas sekarang.
- Banyakkan minum air mineral. Minum air dengan banyak dapat melancarkan pergerakan sel dalam badan kita dan sistem-sistem yang terlibat. Jangan tunggu sehingga dahaga. Kami mengesyorkan supaya anda membawa bersama air mineral ke kelas atau pun sewaktu berjalan.
- Minum minuman isotonik kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral dalam badan anda yang hilang sewaktu berpeluh.
- Berada di dalam rumah atau bangunan.
- Hadkan aktiviti luar.
- Berehat secukupnya.
- Kerap mandi kerana mandi dapat menenangkan badan anda.
- Pakai pakaian yang ringan, longgar dan berwarna terang.
- Pakai topi atau payung yang besar sewaktu berada di kawasan yang panas.Tips yang lain juga perlu apabila cuaca panas yang semakin melampau.Antaranya ialah elakkan minum minuman yang berkafein , alkohol atau kandungan gula yang tinggi. Hal ini menyebabkan kita cepat berasa lapar dan dahaga. Selain itu, elakkan berada di dalam kereta yang tertutup dan jangan bersenam di bawah terik cahaya matahari.
No comments:
Post a Comment