...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Didekatkanlah syurga itu kepada orang-orang yang bertaqwa pada tempat yang tidak jauh dari mereka. Inilah yang dijanjikan kepadamu, iaitu kepada setiap hamba yang selalu kembali pada Allah lagi memelihara semua peraturan-peraturan-Nya. Orang yang takut kepada Tuhan Yang Maha Pemurah, sedang Dia tidak kelihatan olehnya dan dia datang dengan hati yang bertaubat. Masukilah syurga itu dengan aman, itulah hari kekekalan. Mereka di dalamnya memperoleh apa yang mereka kehendaki dan pada sisi Kami ada tambahannya.” (Al-Quran, Qaaf: 31-35)"

Saturday, 11 April 2015

KEJOHANAN BOLA TAMPAR JEMPUTAN SEKOLAH-SEKOLAH KLUSTER PERINGKAT KEBANGSAAN 2015

10-11 April 2015 - Kejohanan Bola Tampar Jemputan Sekolah-Sekolah Kluster Kecemerlangan Peringkat Kebangsaan 2015 telah diadakan bertempat di SK Paka II Dungun,Terengganu.Kejohanan kali ini telah disertai oleh 12 pasukan dari seluruh Malaysia dan seperti biasa SKKFST menghantar 1 pasukan lelaki dan 1 pasukan perempuan untuk menyertainya.Bagi kategori lelaki pasukan SKKFST berjaya mendapat tempat Ke-3 manakala kategori perempuan pasukan SKKFST telah berjaya mendapat Naib Johan.
 Tahniah diucapkan kepada semua pemain yang berjaya mengharumkan nama SKKFST.
Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Ustaz Hashim bin Sman ( Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Dungun ) Jutaan terima kasih kepada Tuan Guru Besar SKKFST yang sudi hadir pada majlis penutup kejohanan dan sama-sama merasai kemenangan pada hari tersebut.
TAHNIAH DAN SYABAS kepada semua yang terlibat dalam program samada secara langsung atau tidak langsung.
 
Berita bergambar kejohanan kategori perempuan :
Berita bergambar kejohanan kategori lelaki:



"candid camera 1"

"candid camera 2"

No comments:

Post a Comment