...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Tuesday 7 April 2015

PROGRAM KELAS CAKNA CEMERLANG

Seperti tahun-tahun sebelumnya Kelas Cakna Cemerlang diadakan untuk murid tahun 5 dan tahun 6.Kelas tersebut telah bermula sejak 5 April lepas yang mana diadakan 4 kali seminggu bermula jam 8.00 hingga 10.00 malam.
Murid tahun 6 dibahagikan dalam 2 kumpulan kecil untuk memudahkan guru matapelajaran mengawal murid serta memudahkan murid bertanya apa-apa yang mereka ingin tahu kerana bilangan mereka tidak seperti kelas harian yang biasa,manakala kelas tahun 5 digabungkan satu kumpulan atau satu kelas sahaja.
Subjek yang ditekankan dalam kelas malam tersebut adalah subjek yang murid akan hadapi dalam peperiksaan UPSR iaitu BM Pemahaman, BM Penulisan, BI, Sains dan Matematik.
Jutaan terima kasih atas komitmen dan kerjasama ibu bapa yang sanggup hantar anak-anak mereka walaupun kelas diadakan pada waktu malam.Syabas Dan Tahniah kepada guru-guru yang terlibat dalam kelas cakna cemerlang ini kerana sanggup berkorban masa dan tenaga demi melihat anak bangsa berjaya seiring kemajuan dunia pendidikan sekarang.Akhir kata semoga usaha yang kita lakukan ini berjaya dan membuahkan hasil yang menguntungkan kedua-dua pihak.sekali lagi SYABAS untuk semua.




No comments:

Post a Comment