...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Sunday 26 April 2015

LAWATAN PENANDA ARAS DARI SK CONVENT 2 BUKIT NANAS, KUALA LUMPAR

Pada 19 April lalu satu rombongan dari SK Convent (2) Bukit nanas,Kuala Lumpur telah datang ke SKKFST dalam satu siri Lawatan penanda Aras.Peserta lawatan terdiri daripada para pentadbir, barisan guru, Ibu bapa dan murid-murid.Siri lawatan ini bertujuan dalam usaha mempertingkatkan aspek pengurusan sekolah samada dalam bidang pentadbiran, akademik, pengurusan murid mahupun kokurikulum. Antara lain juga ia bermatlamat membina hubungan dan jalinan yang berkesan dengan pelbagai pihak.
 Ucapan daripada Kedua-dua Pentadbir tertinggi sekolah.
Tarian "selamat datang" membuka tirai siri lawatan pada hari tersebut.
Persembahan "choral speaking" yang mengasyikkan.
Tarian dari suku kaum Sarawak yang bersemangat dipersembahkan oleh murid SK Convent (2).
Persembahan "action songs" dari SKKFST
Bengkel "Smart English" daripada Sir Wan Izimi kepada guru-guru CBN2.
Akhir kata jutaan terima kasih kerana sudi hadir ke "rumah kecil" kami.Segala kelemahan dan kekurangan sepanjang siri lawatan harap dimaafkan.Semoga segala perkongsian ilmu antara kedua-dua pihak dapat dimanfaatkan demi melihat anak-anak bangsa berjaya setaraf pendidikan dunia.

No comments:

Post a Comment