...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Sunday 26 April 2015

ENGLISH CARNIVAL ZON SETIU TIMUR 2015

Setiu - 23 April 2015 : Satu Karnival Ko Akademik Bahasa Inggeris Zon Setiu Timur telah berlangsung di SK Seri Langkap dengan jayanya.Sebanyak 11 buah sekolah Zon Setiu Timur telah menyertai program pada hari itu.Terdapat 3 kategori yang telah dipertandingkan iaitu Story Telling, Public Speaking dan Action songs.
Sukacita dimaklumkan bahawa ketiga-tiga kategori diatas telah dimenangi oleh peserta SKKFST.Tahniah dan Syabas diucapkan kepada guru-guru pembimbing seterusnya peserta-peserta  yang terlibat dan semua warga SKKFST.
JOHAN Story Telling dengan tajuk "Aladdin" - Adik Ahmad Shafi bin Saifuddin.
JOHAN Public Speaking " Wonders one of the reading books"-
Adik Ahmad Muhaimin bin Mohd Amri.
JOHAN Action Songs "The Beautiful Malaysia"
Tahniah diucapkan kepada peserta-peserta lain yang turut merangkul kejayaan dan membanggakan sekolah.
Semoga kejayaan demi kejayaan terus mengiringi kalian.Bak kata Tuan Guru Besar " Kerja yang luar biasa pastinya hasil pun adalah yang luar biasa "
CONGRATULATION KIDS !!!!
cak..cak..muka teruja bergelar JOHAN. :)



No comments:

Post a Comment