...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Sunday 26 April 2015

KEJOHANAN BOLA TAMPAR P12 MSSD 2015

Pada 21 April (selasa) yang lalu,Kejohanan Bola Tampar P12 MSSD telah diadakan di Gelanggang Bola Tampar,SMK Bukit Nenas. 
Sukacita dimaklumkan bahawa pasukan bola tampar P12 SKKFST telah muncul sebagai JOHAN pada hari tersebut sekaligus memegang gelaran "Giants Volleyball" pada tahun ini.
Berita Bergambar :  
Ucapan TAHNIAH DAN SYABAS kepada pasukan P12 SKKFST atas kejayaan tersebut. Semoga kejayaan tersebut akan memberi rangsangan, motivasi dan semangat kepada generasi pelapis yang lain untuk mencipta kejayaan. 
Hujan EMAS tahun 2015 diharap berterusan untuk tahun-tahun akan datang.amin....

No comments:

Post a Comment