...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Tuesday 7 July 2015

IFTAR 2015

08 JULAI 2015 ( Selasa ), SKKFST telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa dan tahlil yang dihadiri oleh Guru, pengurus-pengurus di sekitar sekolah,AJK-AJK PIBG dan murid Tahap 2. Majlis Berbuka Puasa ini dianjurkan bagi memupuk semangat saling hormat-menghormati, kasih sayang dan toleransi antara guru, ibu bapa dan masyarakat sekitar.
Selesai solat asar berjemaah murid-murid berada disurau untuk mendengar tazkirah yang disampaikan oleh anak salah seorang guru SKKFST juga merupakan anak kepada Pengurus Ladang Tayor iaitu Tuan Haji Saifuddin bin Mustafa.
Penyampaian sumbangan dan cenderahati
Persiapan juadah berbuka
Berbuka beramai-ramai untuk mengeratkan lagi silatulrahim yang sedia ada
Tuan Guru Besar SKKFST ( baju coklat ) bersama komuniti luar yang terdiri daripada 
pengurus-pengurus dan ajk-ajk PIBG


" TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT DALAM MENGURUSKAN PROGRAM IFTAR 2015 DENGAN JAYANYA "

No comments:

Post a Comment