...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Tuesday 14 July 2015

SAMBUTAN PRA HARI RAYA AIDILFITRI PERINGKAT SEKOLAH

15 Julai 2015 ( Rabu ) - Sekitar tengahari tadi telah berlangsungnya sambutan Pra Raya di kantin SKKFST.Majlis ini melibatkan semua guru,kakitangan kerajaan dan swasta  serta murid-murid SKKFST.Tujuan majlis ini adalah untuk memberikan ruang kepada murid-murid dan guru-guru serta warga SKKFST bermaaf-maafan sempena menyambut kehadiran syawal yang bakal tiba dan cuti sekolah yang akan bermula esok.Tidak lupa juga saya mewakili warga SKKFST ingin mengucapkan"SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN" kepada pembaca-pembaca blog ini.

Tentatif Program : 

10.30 am - Murid berkumpul di kantin SKKFST
10.45 am - Bacaan Yassin beramai-ramai
11.15 am - Bacaan Doa oleh :
                  En.Wan Izimi bin Wan Md Zin
11.20 am - Ceramah Aidilfitri oleh :
                  Ustaz Azman bin Ali Akmal
11.45 am - Ucapan Guru Besar
                  En.Zainuddin bin Dollah
12.00 pm - Agihan Duit Raya / Bersalam-salaman
12.30 pm - Majlis Bersurai

Murid  dan warga SKKFST Berkumpul di Kantin
Bacaan Yassin dan Ceramah Aidilfitri
Ucapan Tuan Guru Besar
Acara bersalam-salaman dan memberi duit raya kepada murid-murid


" Salam Aidilfitri Minnal Aidil Walfaizin...Selamat Pulang Ke Kampung halaman...Hati-Hati Di Jalan Raya...Ingatlah Insan Tersayang Yang Sedang Menanti Penuh harapan.... "

No comments:

Post a Comment