...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Monday 6 July 2015

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA ANAK-ANAK YATIM TAHUN 4 & 5 DAERAH SETIU


Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak-Anak Yatim Tahun 4 & 5 Daerah Setiu telah diadakan dengan jayanya pada 06 Julai 2015 (Isnin) bertempat di Dewan Utama University College Bestari,Setiu. Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Dato' Sabri bin Mohd Noor, Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Langkap. 
Majlis ini adalah untuk memberi sumbangan kepada golongan yang kurang bernasib baik yang terdiri daripada anak-anak yatim dan miskin di samping mendekatkan pemimpin dengan masyarakat yang kurang berkemampuan.  Ia juga merupakan satu wadah untuk mengeratkan lagi silaturrahim.


“Sesiapa yang memelihara anak yatim diantara kaum mislimin, untuk memberi makan dan minum, maka pastinya Allah SWT akan memasukkannya kedalam syurga kecuali jika dia telah berbuat dosa yang tidak dapat diampunkan”. "

No comments:

Post a Comment