...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Didekatkanlah syurga itu kepada orang-orang yang bertaqwa pada tempat yang tidak jauh dari mereka. Inilah yang dijanjikan kepadamu, iaitu kepada setiap hamba yang selalu kembali pada Allah lagi memelihara semua peraturan-peraturan-Nya. Orang yang takut kepada Tuhan Yang Maha Pemurah, sedang Dia tidak kelihatan olehnya dan dia datang dengan hati yang bertaubat. Masukilah syurga itu dengan aman, itulah hari kekekalan. Mereka di dalamnya memperoleh apa yang mereka kehendaki dan pada sisi Kami ada tambahannya.” (Al-Quran, Qaaf: 31-35)"

Monday, 13 February 2017

KEJOHANAN BOLA TAMPAR LELAKI B12 MSSD SETIU 2017

SETIU - 12 Februari 2017 ( Ahad ), bertempat di SMK Bukit Nenas, pasukan bola tampar lelaki B12 SKKFST telah menyertai Kejohanan Bola Tampar MSSD Setiu .
Berkat usaha gigih jurulatih dan pemain, pasukan sekolah terus mempertahankan gelaran JOHAN DAERAH dalam Arena Bola Tampar sejak 2012. Semoga pencapaian ini akan menjadi titik tolak untuk kejayaan yang lebih cemerlang pada kejohanan akan datang. Satu pembukaan yang baik bagi tahun 2017.
Tahniah!!!!
 Penyampaian hadiah kepada pemenang disempurnakan oleh Guru Besar SKKFST sendiri En.Zainuddin 
bin Dollah.
Antara aksi sang juara yang sempat dirakam lensa kamera admin.Sekali lagi setinggi-tinggi syabas dan tahniah diucapkan.

No comments:

Post a Comment