...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Didekatkanlah syurga itu kepada orang-orang yang bertaqwa pada tempat yang tidak jauh dari mereka. Inilah yang dijanjikan kepadamu, iaitu kepada setiap hamba yang selalu kembali pada Allah lagi memelihara semua peraturan-peraturan-Nya. Orang yang takut kepada Tuhan Yang Maha Pemurah, sedang Dia tidak kelihatan olehnya dan dia datang dengan hati yang bertaubat. Masukilah syurga itu dengan aman, itulah hari kekekalan. Mereka di dalamnya memperoleh apa yang mereka kehendaki dan pada sisi Kami ada tambahannya.” (Al-Quran, Qaaf: 31-35)"

Saturday, 4 February 2017

PROGRAM 'JOM KE SEKOLAH 2017 ' DILANCARKAN DI SKKFST

5 Feb 2017 (Ahad) - Dalam usaha meningkatkan kecemerlangan kurikulum dan kokurikulum sekolah serta pembinaan sahsiah murid yang mantap, Program ‘Jom Ke Sekolah 2017’ dilancarkan di seluruh negara termasuk di SK Kampung Fikri Sungai Tong hari ini.
Majlis bermula seawal jam 7.20 pagi dengan murid dan guru-guru serta jemputan khas berhimpun di kantin SKKFST.dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, Selamat Sultan. Lagu Sekolah, seterusnya bacaan doa yang diketuai oleh Cikgu Wan Izimi bin Wan Md Zin diikuti dengan bacaan ikrar oleh wakil murid.Majlis diteruskan lagi dengan bacaan perutusan sekaligus ucapan perasmian dan gimik pelancaran dilakukan.
Bacaan ikrar murid yang diketuai oleh adik Ammar Haziq Hifzan bin Mohd Hanif.
Penyempurnaan gimik pelancaran program 'jom ke sekolah 2017' disempurnakan oleh Koperal Saari bin Hassan dari IPD Balai Polis Sungai Tong selaku Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS).Terima kasih diucapkan.
Penyerahan Peti Aduan Disiplin Murid sambil disaksikan semua murid dan guru SKKFST.
 Beliau berkata kerjasama PPS dan pihak sekolah menjayakan Program Jom Ke Sekolah dapat menangani sebarang isu atau masalah disiplin di kalangan murid melalui Peti Aduan Disiplin Murid yang diwujudkan di sekolah-sekolah.
Diharap agar program "Jom Ke Sekolah" ini dapat memberi implikasi atau impak positif kearah mengurangkan masalah ponteng sekolah dan meningkatkan sahsiah murid dalam dunia globalisasi yang mencabar pada hari ini.

No comments:

Post a Comment