...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Monday 13 February 2017

KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH 2017

Pada 9 februari yang lalu telah diadakan Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah. Semua telah berkumpul seawal pukul 7.30 pagi di dataran perhimpunan untuk aktiviti memanaskan badan. Mereka kemudiannya dilepaskan pada pukul 8.00 pagi mengikut kategori masing-masing.
 Aktiviti senamrobik selama setengah jam.
Murid dilepaskan di garisan permulaan mengikut kategori masing-masing oleh Tuan Guru Besar SKKFST.
Barisan petugas yang menjaga check-point sekaligus keselamatan para peserta.
Pelbagai aksi dan gelagat yang admin dapat lihat sepanjang trek merentas desa.Turut kelihatan Tuan GB juga bersama murid-murid merentasi trek disekitar Ladang TDM Fikri.
Acara merentas desa tamat kira-kira jam 10.00 pagi. Murid rehat dan PDP berjalan seperti biasa. Penyampaian hadiah diadakan pada jam 12.30 tengahari.
Majlis Penyampaian Hadiah telah diadakan di Kantin yang disempurnakan oleh Tuan Guru Besar SKKFST bagi setiap kategori.
 Tahniah diucapkan kepada rumah BIRU kerana terus mengekalkan gelaran Johan Keseluruhan dalam kejohanan tahun  ini.
 Tahniah juga diucapkan kepada semua murid dan guru yang telah sama-sama menjayakan kejohanan ini.

No comments:

Post a Comment