...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Monday 13 February 2017

KEJOHANAN BOLA TAMPAR PEREMPUAN B12 MSSD SETIU 2017

SETIU - 13 Februari 2017 ( Isnin ), bertempat di SMK Bukit Nenas, pasukan bola tampar perempuan B12 SKKFST turut menyertai Kejohanan Bola Tampar MSSD Setiu .
Berkat usaha gigih jurulatih dan pemain, pasukan sekolah juga mengikut jejak langkah pasukan Lelaki B12 dengan mempertahankan gelaran JOHAN DAERAH dalam Arena Bola Tampar 5 tahun berturut-turut sejak tahun 2012. Menurut Cikgu Mohd Sabri merangkap jurulatih pasukan, beliau tidaklah meletakkan harapan yang tinggi kepada pasukan ini namun berkat sokongan padu dan doa dari semua pihak pasukan perempuan B12 membuktikan bahawa mereka layak bergelar JOHAN.Semoga pencapaian ini akan menjadi titik tolak untuk kejayaan yang lebih cemerlang pada kejohanan akan datang. Satu pembukaan yang baik bagi tahun 2017.
Tahniah!!!!
Penyampaian hadiah disempurnakan oleh EN MOHD KHALIL BIN ABDUL RAHMAN (Penyelia Sukan PPD) yang turut hadir .
Antara aksi-aksi dan semangat juang yang tidak putus serta tidak gentar dengan pihak lawan daripada sang juara yang sempat dirakam lensa kamera.Dan akhirnya JOHAN DAERAH dikalungkan pada mereka pada tahun ini.

No comments:

Post a Comment