...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Tuesday 10 July 2018

LEBIH 7,000 MERIAHKAN KOROBORI PENGAKAP KANAK-KANAK KEBANGSAAN 2018

TARIKH : 6-10 JULAI 2018
HARI : JUMAAT - SELASA
TEMPAT : KEM PENGAKAP TENGKU MUHAMMAD ISMAIL,TELAGA BATIN,
 KUALA NERUS

Korobori Pengakap Kebangsaan 2018 yang menghimpunkan kira-kira 7,000 pengakap kanak-kanak seluruh negara disempurnakan perasmiannya oleh Yang Di-Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin di sini hari ini. Seramai 10 orang pengakap SKKFST juga turut serta mewakili Negeri Terengganu dalam Korobori itu.

Terengganu yang menghantar kontinjen paling ramai iaitu lebih 2,000 peserta daripada keseluruhan lebih 7,000 peserta menyapu bersih tiga kategori yang dipertandingkan dalam program yang diadakan selama lima hari bermula Jumaat lalu.
Kategori pertama yang dimenangi kontinjen pengakap Terengganu adalah dalam acara Kem Kraf Perkhemahan yang diwakili pasukan Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) daerah Setiu, manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing dimenangi kontinjen Johor dan Pahang.

Bagi kategori Ikatan dan Simpulan, kontinjen Terengganu yang juga diwakili PPM daerah Setiu dinobatkan sebagai juara menewaskan kontinjen pengakap Kuala Lumpur yang muncul naib juara, manakala tempat ketiga disandang kontinjen pengakap Pulau Pinang.

Kontinjen Terengganu juga meraih tempat pertama bagi kategori Kebudayaan apabila PPM daerah Kemaman berjaya menundukkan kontinjen pengakap Kuala Lumpur yang terpaksa akur di tempat kedua dan ketiga oleh kontinjen pengakap Perak. ( copy from : Utusan Edisi Terengganu )
Diharapkan segala  aktiviti dan program menarik yang disusun oleh pihak urusetia sepanjang program banyak memberi manfaat kepada para peserta untuk untuk dijadikan panduan dan pengalaman yang berharga.

No comments:

Post a Comment