...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Saturday 27 April 2019

KEJOHANAN BOLA SEPAK B12 ZST

Akhirnya.....Emas yang selama ini ditunggu-tunggu oleh pasukan bola sepak diperingkat Zon Setiu Timur menjadi milik SKKFST. Perlawanan yang diadakan selama dua hari iaitu pada 23-24 April 2019 yang lalu bertempat di SK Seri Langkap telah menjadi saksi sang Juara. 
Menurut jurulatih sudah hampir berbelas tahun pasukan tidak mendapat pingat dalam kejohanan ini. 
 Tahniah dan Syabas kepada semua pemain dan jurulatih pasukan Bola sepak SKKFST kerana telah berjuang sehingga peringkat akhir, seterusnya melayakkan diri menjadi JOHAN pada tahun ini. Semoga pencapaian ini menjadi perangsang untuk mencipta lebih banyak kejayaan.
 

No comments:

Post a Comment