...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Saturday 20 April 2019

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM FIRST 2019

Selesai - 17 - 19 APRIL 2019 - Aktiviti perkhemahan merupakan aktiviti tahunan yang selalu diadakan di setiap sekolah. Begitu juga dengan SKKFST di mana telah berlangsungnya aktiviti perkhemahan tahunan dengan jayanya. Aktiviti perkhemahan ini telah berjalan dengan lancarnya dari awal hingga akhir dengan disertai oleh 2 unit beruniform iaitu Persatuan Pengakap dan Puteri Islam bersama guru penasihat masing-masing. Perkhemahan ini diadakan di tapak perkhemahan SKKFST. Tujuan perkhemahan ini diadakan ialah untuk memupuk semangat, disiplin serta jati diri yang kental dikalangan murid. Selain daripada itu ia juga dapat mewujudkan murid yang bersahsiah tinggi dan mempunyai daya kepimpinan yang menyerlah di samping dapat memotivasikan murid ke arah kejayaan dan daya juang yang tinggi. Ia juga dapat menyemai semangat setia kawan, kerjasama dan tanggungjawab sebagai seorang murid yang berwawasan serta dapat mengeratkan hubungan mesra antara guru dan murid. semua peserta dikehendaki mendaftarkan diri di kaunter yang disediakan. Selesai pendaftaran, semua peserta diarah untuk berkumpul mengikut kumpulan masing-masing di tapak perkhemahan sekolah. Taklimat diberikan oleh Cikgu Wan izimi bin Wan Md Zin selaku Kem Komandon Perkhemahan tahun ini mengenai etika dan peraturan serta pembahagian aktiviti sebelum memulakan aktiviti perkhemahan ini. 

Rabu ( 17 April 2019)
Bermula jam 2.00 petang, para peserta telah mula mendaftarkan diri. Selesai pendaftaran, semua peserta diarah untuk berkumpul mengikut kumpulan masing-masing di tapak perkhemahan SKKFST. Taklimat diberikan oleh kem komanden mengenai etika dan peraturan serta pembahagian aktiviti sebelum memulakan aktiviti perkhemahan ini. Aktiviti pertama yang dilakukan ialah mendirikan khemah bersama-sama dengan guru penasihat masing-masing. 
Pada pukul 4.00 petang, semua murid berkumpul untuk minum petang dan mendirikan solat asar.  Selepas itu aktiviti mendirikan khemah dan persiapan tempat disambung semula sehingga jam 6.30 petang.



 Aktiviti malam selesai solat isyak ialah aktiviti ikatan dan balutan serta pertolongan cemas (CPR). Penceramah dijemput dari Klinik Kesihatan Sungai Tong.

 Khamis ( 18 April 2019)
Aktiviti pada hari kedua perkhemahan ialah pertandingan kawad kaki dan war cry.
Pada sebelah petang aktiviti bermula pada pukul 2.30 petang, aktiviti yang berlangsung ialah pertandingan memasak bertemakan 'rimba'. Setiap kumpulan dibekalkan dengan 2 ekor ikan bersama bahan-bahan yang diletakkan secara berpusat. Pertandingan memasak ini berlangsung selama 1 jam setengah, dan cukup meriah dengan sorakan dan kata-kata semangat yang diberikan oleh guru-guru penasihat. Pertandingan memasak ini adalah bertemakan ikan. Aktiviti ini berakhir lebih kurang pada pukul 3.30 petang. Selepas itu murid terus ke khemah masing-masing dan mengambil minum petang serta bersiap untuk ke surau bagi menunaikan solat Asar.
Selesai solat asar, murid menjalankan aktiviti sukan selama satu jam. 
 Selepas solat Isyak murid beredar ke khemah masing-masing dan bersiap sedia untuk aktiviti  BBQ. Suasana pada malam itu sungguh meriah. 
Jumaat (19 April 2019 )
Hari ini merupakan hari terakhir program perkhemahan. Seperti biasa murid dikejutkan kira-kira jam 5.30 pagi untuk mandi dan bersiap ke surau bagi menunaikan solat subuh berjemaah, seterusnya mengikuti kuliah subuh. Pada jam 7.00 pagi diadakan pula senaman pagi dikendali oleh guru yang bertugas. Selepas itu murid mengambil sarapan pagi.  Pada pukul 8.30 pagi, aktiviti terakhir yang dijalankan ialah Pertandingan penarafan khemah terbaik. 
 Lebih kurang pada pukul 10.00 pagi murid diarahkan oleh kem komander untuk berkumpul di kantin kerana majlis penutupan rasmi akan berlansung. Majlis perasmian penutup disempurnakan oleh Tuan Guru Besar SKKFST. Semua murid berkumpul dengan pakaian unit uniform yang kemas dan lengkap. Majlis berakhir pada pukul 11.00 pagi. Selepas itu para peserta perkhemahan di arahkan ke khemah masing-masing untuk menurunkan khemah, membersihkan kawasan perkhemahan dan mengemas segala alatan. Majlis bersurai pada pukul 11.30 pagi
 Tahniah dan syabas diucapkan kepada warga FIRST kerana memberikan komitmen yang sangat tinggi sebelum, semasa dan selepas program dijalankan. In Shaa Allah..panjang umur jumpa lagi tahun hadapan.

No comments:

Post a Comment