...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Saturday, 7 February 2015

MESYUARAT AGUNG PIBG & MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN 2015

Pada 05 hb Februari 2015 (Khamis), satu Mesyuarat Agung PIBG kali 1/2015 telah diadakan di Kantin SKKFST tepat pada pukul 10.00 pagi.
Seawal jam 9.00 pagi, ibu bapa / penjaga hadir membuat pendaftaran sebelum mengambil tempat masing-masing di kantin SKKFST.
Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu ‘Negaraku’ dan bacaan doa oleh Ustaz Azman Ali Akmal ( KAFA ). Seterusnya persembahan pembukaan iaitu bacaan ayat suci Al-Quran oleh Adik Ahmad Shafi bin Saifuddin dari tahun 6 Jasmin.
Majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh En Zainuddin bin Dollah ( Guru Besar ) dan ucapan perasmian mesyuarat oleh Tuan Haji Jazlan bin Mat Amin ( S/U Penyelaras DUN Langkap ).
Bacaan Ayat Suci Al-Quran oleh adik Ahmad Shafi bin Hj Saifuddin Dari Kelas 6 Jasmin
Penyampaian Cenderahati kepada murid 5A 2014

Agihan Bantuan Khas Awal Persekolahan Berjalan Lancar


KEJOHANAN BOLA BALING LELAKI PERINGKAT ZON SETIU TIMUR 2015

3 Feb 2015 ( selasa ) - Selepas kemenangan berpihak kepada pasukan bola baling perempuan , Pasukan Bola Baling Lelaki turut mengikut jejak langkah apabila sekali lagi SKKFST dinobatkan JOHAN ZON pada hari tersebut.Tahniah dan Syabas diucapkan kepada pasukan sera jurulatih yang terlibat.
Syabas dan Tahniah kepada Pasukan Bola Baling Perempuan serta jurulatih-jurulatih yang terlibat. Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin

Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin

Monday, 2 February 2015

KEJOHANAN BOLA BALING PEREMPUAN PERINGKAT ZON SETIU TIMUR 2015

2 Feb 2015 ( Isnin ) - Pasukan bola baling perempuan sekolah telah dihantar untuk menyertai Kejohanan Bola Baling Peringkat Zon Setiu Timur bertempat di SK Sungai Tong, Setiu. Sebanyak 8 pasukan dari 11 buah sekolah dibawah Zon Setiu Timur telah menghantar pasukan sekolah masing-masing untuk berentap bagi merebut gelaran juara.
Alhamdulillah Akhirnya gelaran Johan Zon telah menjadi milikSKKFST.Syabas dan Tahniah kepada Pasukan Bola Baling Perempuan serta jurulatih-jurulatih yang terlibat.
Dengan kemenangan ini 4 orang daripada pasukan SKKFST telah terpilih untuk mewakili daerah pada satu tarikh yang belum ditentukan.TAHNIAH....!!!

Saturday, 31 January 2015

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM MENTOR MENTEE 2015

1 Feb 2015 ( Ahad ) - Unit HEM telah mengadakan Majlis Pelancaran Program Mentor Mentee yang melibatkan semua guru dan murid Pra Sekolah hingga Tahun 6. Program telah dijalankan di Dataran Perhimpunan.Tujuan Program Mentor Mentee diadakan ialah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara guru dan murid, mewujudkan sikap saling hormat dan sayang menyayangi dalam komuniti sekolah serta meningkatkan keyakinan murid untuk berhadapan dengan masalah atas bimbingan guru sebagai mentor. Ucapan perasmian telah dilakukan oleh En Zainuddin bin Dollah ( Guru Besar ) seterusnya penyerahan fail kepada Mentor-Mentor yang dilantik.

Alhamdulillah majlis pelancaran ini telah berjalan dengan lancar dan terima kasih diucapkan kepada semua guru dan murid yang menyokong serta bekerjasama dalam menjayakan program ini. Semoga dengan pelaksanaan Program Mentor Mentee di sekolah ini dapat menjalinkan hubungan yang harmoni antara guru dan murid seterusnya mewujudkan aura kekeluargaan di sekolah.

Mentor ( Pn Nik Mazlina bt Nik Abd Rahman & Pn Noremy bt Endut )
 Mentee Murid Pra Sekolah Adwan
Mentor ( Pn Hjh Aini Salmy bt Azam & Cik Nor Azlah bt Azizan )
 Mentee Murid Tahun 1 Kenanga
Mentor ( Pn Hjh Rokiah bt Mohamad & Pn Yuzrida bt Awang )
Mentee Murid Tahun 2 Mawar
Mentor ( Pn Siti Nooranizah bt Saloji & En Sulaiman bin Salleh )
 Mentee Murid Tahun 3 Cendana
Mentor ( Pn Siti Fasha bt Abdul Mubarak & Cik Noraidah bt Yusof )
Mentee Murid Tahun 4 Seroja
Mentor ( Pn Maheran bt Muda & En Md Hesham bin Ismail )
Mentee Murid Tahun 5 Orkid
Mentor ( Pn Zurina Azra bt Che Abdul Rashid &
 En W.Izimi bin W.Md Zin )
 Mentee Murid Tahun 6 Melati


##Pihak Pengurusan sekolah amatlah mengharapkan agar usaha ini akan mendatangkan kebaikan kepada semua yang terlibat dan ucapan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan...

TAHNIAH!!!


ADIK MUHAMAD FAKRUL HISHAM BIN MOHD YUNUS
MERAIH TEMPAT KE-9 DALAM KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT DAERAH YANG TELAH DIADAKAN PADA 29 JAN 2015 YANG LALU.

WELCOME FEBRUARY!!!



Wednesday, 28 January 2015

KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT DAERAH

"Semoga berjaya buat wira-wira SKKFST " itulah antara kata-kata semangat daripada Tuan Guru Besar SKKFST hari ini..
29 Jan 2015 ( Khamis ), sedang berlangsungnya Kejohanan Merentas Desa Peringkat Daerah yang diadakan di SMK Bukit Nenas,Setiu.SKKFST telah menghantar 8 orang murid untuk bertanding dalam kejohanan ini yang mana 4 orang peserta lelaki dan 4 orang peserta perempuan.Kesemua mereka adalah yang mendapat tempat 1-4 dalam kejohanan merentas desa peringkat sekolah yang diadakan pada miggu lepas. . Ada beberapa peserta sekolah mendapat tempat terawal dalam kejohanan dan ini amat membanggakan sekolah.Tahniah diucapkan.

~~~ SALAM KHAMIS ~~~


Monday, 26 January 2015

VERIFIKASI TAWARAN BARU GURU BESAR SEKOLAH BAI'AH 2014

Seramai 3 orang Jemaah Nazir Dan Jaminan Kualiti telah hadir ke SK Kampung Fikri ( Sg Tong ) hari ini yang tiba di sekolah seawal jam 7.45 pagi dan berakhir tepat jam 2.00 petang.Jika berjaya mencapai tahap yang ditetapkan, SKKFST sekali lagi akan menerima manfaat daripada Tawaran Baru Guru Besar ( TBGB ) tahun ketiga ini, sejak ia diperkenalkan kepada pengetua dan guru besar di bawah sub Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan pada 2010. 
Penganugerahan TBGB adalah kemuncak kepada keupayaan warga pendidik SKKFST dalam mencapai sasaran yang ditetapkan melalui tawaran Bai'ah. TAHNIAH diucapkan..
Kata alu-aluan daripada Tuan Guru Besar En Zainuddin bin Dollah
Pencerapan PdP Puan Rosliwati binti Sidik Ahmad ( Matematik )
Pencerapan PdP En Wan Izimi bin Wan Md Zin
( Kemahiran Hidup )
Pencerapan PdP Puan Maheran binti Muda ( Agama Islam )
Bersama En.Mohd Sabri bin Mohd ( GPK Ko-Ku  )
Bersama Pegawai Perhubungan Sekolah ( GPK Pentadbiran ) di dalam bilik 'Kuarantin'
PENGHARGAAN
Barisan Pentadbir SKKFST mengucapkan terima kasih di atas komitmen guru-guru serta warga SKKFST sepanjang Verifikasi dijalankan.Tahniah dan Syabas diucapkan.....




Saturday, 24 January 2015

KEJOHANAN MERENTAS DESA 2015

Kejohanan Merentas Desa peringkat sekolah SKKFST bagi tahun 2015 telah berlangsung dengan jayanya pada 22 hb Januari 2015 [Khamis]. Seperti biasa seperti tahun sebelumnya acara dimulakan dengan aktiviti senamrobik dan Taklimat Ringkas Merentas Desa oleh Cikgu Md Hesham. Kemudian murid dilepaskan oleh Tuan Guru Besar mengikut kategori masing-masing dan merentas desa mengikut laluan yang telah ditetapkan. Acara diakhiri dengan penyampaian hadiah di Kantin sekolah.
*Tahniah diucapkan kepada para pemenang.
Aktiviti senamrobik selama setengah jam
Murid-murid dilepaskan mengikut kategori di garisan mula oleh Tuan Guru Besar
Gelagat murid dan guru sepanjang trek
Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang oleh Tuan Guru Besar