...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Sunday, 16 November 2014

KARNIVAL MEMANAH B11 PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2014

Cikgu Zurina ( tengah ) bersama pasukan memanah SKKFST Mohd Amirruddin bin Ilias ( Baju Kuning ) & Ahmad Rizhan Afiffudin bin Mohd Razani ( Baju Putih )
Kuala Terengganu - 16 Nov 2014 ( Ahad ) Tahniah untuk Cikgu Zurina Azra kerana sekali lagi telah membawa nama SKKFST begitu gah dalam sukan memanah.walaupun hanya mengikuti latihan selama 3 hari namun pasukan ini telah mendapat tempat ke-4 daripada 10 pasukan.Bagi peserta SKKFST alatan memanah juga boleh dikatakan disentuh buat kali pertama tetapi telah menunjukkan semangat dan keyakinan yang sangat membanggakan.Karnival tersebut telah diadakan di UNISZA,Kuala Terengganu.

Saturday, 15 November 2014

MUSIM TENGKUJUH BERMULA!!!

Musim Tengkujuh bermula!

assalamualaikum semua,
dah nak masuk disember dah pun sekarang ni...
hujan dah mula tak berhenti di banyak kawasan di pantai timur...
kalau dalam bahasa melayu kita dipanggil musim tengkujuh.... bahasa kampung pula kita panggil "musim bah"...kanak-kanak pastinya insan yang paling excited menantikan musim ini kerana mereka dapat bermain air di mana-mana...namun sebagai ibu bapa sentiasalah memerhati anak-anak supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini."menyesal kemudian tidak berguna"

Tuesday, 4 November 2014

MAJLIS SANJUNGAN BUDI DAN KESYUKURAN SKK 2014

Pada tanggal 03 November 2014 merupakan satu hari yang bersejarah untuk warga SK Kampung Fikri ( Sg Tong ).Hari ini adalah hari terakhir untuk Guru Besar sekolah ini menjawat jawatan sebagai Guru Besar kerana beliau telah genap umur 60 tahun dan akan bersara wajib dari jawatan di dalam dunia pendidikan.Begitulah kisah seorang pendidik bernama Pn Zakiah binti Hasshim yang telah berkhidmat di sekolah ini bermula pada tahun 2005 yang lalu.
Kami warga SKKFST telah berada di bawah jagaan beliau selama 9 tahun dan sepanjang berada di bawah pentadbirannya, kami mendapat banyak pengalaman yang amat berharga.Pada hari tersebut juga satu majlis perasmian English Centre dan Gelanggang Bola Tampar juga diadakan sekaligus meraikan warga sekolah dan ibu bapa kerana telah mendapat Sekolah Kluster Kecemerlangan pada 05 April 2013 yang lalu.


 Di bawah ini admin kongsikan antara gambar-gambar menarik sepanjang majlis :

 
Sambutan di luar pagar Ladang Fikri bersama guru-guru besar Daerah Setiu dan AJK PIBG
Cikgu Zakiah Disambut dengan paluan kompang yang bergema di hadapan pagar sekolah oleh Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Setiu bersama dif-dif jemputan serta warga SKKFST.
Tetamu disajikan dengan persembahan "selamat datang" oleh pasukan action song yang akan menyertai karnival BI peringkat kebangsaan pada 15 Nov nanti.
Ucapan-ucapan yang disampaikan oleh Ketua Murid,Penolong Kanan 1,Wakil Kakitangan,YDP PIBG,Naib Pengerusi MGB Setiu,Tuan KPPD Setiu dan yang diraikan sendiri cikgu Zakiah.
Sesi memberikan tanda kenangan kepada cikgu Zakiah.
Gimik perasmian English Centre
Gimik perasmian Gelanggang "Giants Volleyball"
Jamuan makan majlis kesyukuran SKK
Majlis diakhiri dengan acara memotong kek dan bersalam-salaman.
"Hilangnya Sebutir Permata" Daripada kami warga SKKFST untukmu cikgu...semoga cikgu memperolehi kesihatan yang baik dan sentiasa dilindungi Nya jua....
SELAMAT BERSARA...BUDIMU DIKENANG....JASAMU DIJULANG.....










KARNIVAL BOLA TAMPAR JEMPUTAN SEKOLAH-SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN 2014

Karnival Pertandingan Bola Tampar Jemputan Sekolah Kluster Kecemerlangan Peringkat Kebangsaan telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Dusun pada 31Oktober - 01November 2014 (Jumaat & Sabtu). Berikut adalah keputusan rasmi karnival tersebut:

L11:
Johan -  SK Dusun
Naib Johan - SK Bukit Guntong
Tempat Ketiga - SK Kampung Fikri & SK Pasir Nering

P11
Johan - SK Dusun
Naib Johan - SK Bukit Guntong
Tempat Ketiga - SK Wakaf Mempelam & SK Paka II

::~ semoga tahun depan boleh sertai karnival seperti ini lagi. Insyaallah...

Berita Bergambar:



Tahniah diucapkan kepada tuan rumah kerana masih lagi berjaya mengekalkan kejuaraan...kepada yang kurang berjaya kita akan cuba lagi dilain masa...in sya Allah...



Monday, 20 October 2014

SELAMAT MENYAMBUT DEEPAVALI DAN AWAL MUHARRAM ( MAAL HIJRAH ) 1436H

 
Cuti Deepavali & Awal Muharram 22-26 Oktober 2014

GANU NELANG..!!!!

     TARIKH   : 17 HINGGA 20 OKTOBER 2014 
     TEMPAT  : BENTONG,PAHANG 

Pasukan Bola Tampar B12 Terengganu bersama Coaches...Tahniah dan Syabas
Adik Noralif Shah bersama pingat EMAS yang telah dimenanginya bersama pasukan Terengganu
Pertemuan diperingkat Akhir menentang pasukan dari Kula Lumpur dan mendapat kemenangan 3-1

Dengan slogan "tapo ganu tapo"...Tahniah dan Syabas diucapkan kepada pasukan bola tampar bawah 12 Terengganu kerana telah merangkul pingat EMAS dalam Kejohanan Bola Tampar MSSM 2014 yang diadakan di Bentong,Pahang yang berakhir semalam.Pada kejohanan itu juga pasukan Terengganu telah mendapat dua anugerah khas iaitu Spiker dan Setter Terbaik....Sekali lagi setinggi-tinggi tahniah kepada jurulatih-jurulatih yang telah berkorban tenaga dan masa untuk melatih pasukan ini.Adik Noralif Shah adalah salah seorang daripada pasukan Terengganu itu dan sekaligus membawa nama SETIU serta SK KAMPUNG FIKRI ( SG TONG ) di Arena Kebangsaan.

Dengan ini pada Tahun 2014 Adik Noralif Shah menjadi wira dan idola kepada murid-murid lain di sini untuk mencipta nama dalam sukan Bola Tampar.



Wednesday, 15 October 2014

SELAMAT BERSARA


Selamat Bersara diucapkan kepada Cikgu Zakiah binti Hasshim setelah berkhidmat selama lebih 38 tahun dengan KPM dan hampir 10 tahun di SKKFST. Seluruh warga SKKFST mendoakan semoga Cikgu sentiasa diberi perlindungan dan kesihatan berpanjangan oleh Allah SWT serta dimurahkan rezeki dan berbahagia bersama keluarga tercinta.Terima kasih Cikgu....SELAMAT BERSARA dan jasamu tetap dikenang.
Majlis Persaraan Cikgu Zakiah akan diadakan pada 3 November 2014 ( Isnin ) ini bertempat di SKKFST.Amatlah diharapkan agar warga SKKFST dapat hadir bagi memberikan sokongan kepada majlis tersebut selain sebagai tanda terima kasih dan perhargaan kepada Cikgu Zakiah yang telah lama bersama dengan warga SKKFST.