Tuesday, 20 October 2015
Sunday, 18 October 2015
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE MELAKA KOTA BERSEJARAH
at
19:34
Santai melepaskan lelah di Tanjung piai.
Guru pengiring : dari kiri ( Pn.Siti Rokiah, En.Mohd Sabri, Pn.Zurina Azra, Pn.Rosliwati , Cik Nor Azlah )
18 Oktober 2015 – Seramai 35 orang murid dan 5 orang guru telah terlibat dalam lawatan sambil belajar ke Melaka Kota Bersejarah.Para peserta dibawa melawat tempat-tempat bersejarah di Melaka seperti Muzium Samudera, Muzium TLDM, Muzium Bahtera dan tempat-tempat menarik di Bandar Hilir Melaka.
Sebelum kembali ke Terengganu peserta dibawa ke Dataran Pahlawan untuk membeli belah .
KARNIVAL BOLA TAMPAR JEMPUTAN SEKOLAH-SEKOLAH KLUSTER PERINGKAT KEBANGSAAN 2015
at
19:16
TARIKH : 16 - 17 OKT 2015
HARI : JUMAAT - SABTU
TEMPAT : SK PARIT HAJI ADNAN,PONTIAN JOHOR BAHRU
KEPUTUSAN : NAIB JOHAN KEBANGSAAN
UCAPAN TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA PASUKAN BOLA TAMPAR LELAKI SKKFST , TELAH MENDAPAT NAIB JOHAN PERINGKAT KEBANGSAAN DI KARNIVAL BOLA TAMPAR JEMPUTAN SEKOLAH-SEKOLAH KLUSTER PERINGKAT KEBANGSAAN 2015 BARU-BARU INI.
Dukacita dimaklumkan bahawa pasukan bola tampar perempuan SKKFST telah kalah awal.Bagaimanapun warga SKKFST mengucapkan Tahniah dan tetap berbangga kerana kalian telah sampai ketahap tertinggi sebaris dengan pasukan-pasukan lain dan telah mencuba sehabis daya.Kita cuba lagi dilain masa.
Sehubungan dengan itu, ucapan TAHNIAH DAN SYABAS juga kepada jurulatih-jurulatih serta pengurus-pengurus kepada pasukan bola tampar atas kejayaan tersebut. Semoga kejayaan tersebut akan memberi rangsangan, motivasi dan semangat kepada pasukan yang lain untuk mencipta kejayaan.
Ucapan Syabas juga ditujukan kepada pasukan dari SK DUSUN telah menjulang tempat PERTAMA dalam karnival tersebut.Satu-satu nya pasukan yang sukar dikalahkan oleh pasukan lain.
Majlis perasmian Karnival Bola Tampar Peringkat Kebangsaan Tahun 2015
Latihan Stamina dijalankan sebelum turun gelanggang bertemu pihak lawan.
Sepanjang perlawanan berlangsung.
Majlis penutup dan penyampaian hadiah kepada para pemenang.
Gambar kenangan bersama ' musuh tradisi gelanggang ' SK Dusun.
" Orang-orang berhasil tidak hanya dengan keras hati, melainkan mereka juga bekerja keras yang percaya pada kemampuan dirinya. "
Saturday, 17 October 2015
Wednesday, 14 October 2015
SELAMAT MAJU JAYA !!!!
at
18:42
PENGUMUMAN !!!
Pasukan Bola Tampar Sekolah SKKFST akan bertolak ke Johor Bahru hari ini untuk menghadiri Karnival Bola Tampar Jemputan Sekolah - Sekolah Kluster Peringkat Kebangsaan bertempat di SK Parit Haji Adnan,Pontian Johor.Karnival akan bermula esok 16 Hingga 17 Oktober 2015 ( Jumaat - Sabtu ).Semoga selamat perjalanan pergi dan pulang dengan kejayaan yang membanggakan.
Seluruh warga SKKFST, mengucapkan tahniah kepada pasukan Bola Tampar Sekolah dan jurulatih-jurulatih kerana telah mencapai ketahap yang membanggakan hingga sekarang. Selamat maju jaya diucapkan .Semoga kecemerlangan akan berterusan.
" Pergi Dengan Harapan...Pulang Dengan Kejayaan..."
Sunday, 11 October 2015
SALAM MA'AL HIJRAH 1437H / 2015
at
21:52
Doa Akhir Tahun
Dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah iaitu pada 13 Oktober 2015 (Selasa).


Doa Awal Tahun
Dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam 1 Muharram iaitu pada hari yang sama.
* Selamat Tahun Baru Hijrah 1437H untuk semua pembaca blog skkfst.
“Perpaduan Nadi Transformasi Negara”
GOTONG ROYONG MEMBINA GARAJ KERETA
at
21:17
Projek yang diketuai En Mohd Safie bin Mohamed Noor ( Pekerja Rendah Awam ) bersama-sama pekerja swasta ini telah bermula sejak 2 minggu lalu.Terima kasih atas komitmen dan usaha keras semua demi melihat keselesaan cikgu-cikgu SKKFST. Lokasi pembinaan garaj sebanyak 4 unit itu adalah bersebelahan Surau An-Nur.
" Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing "
SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT SEKOLAH 2015
at
18:15
10.10.15 Merupakan sambutan Hari Sukan Negara... Semua Jabatan Kerajaan dan Swasta diminta buat sambutan diperingat jabatan masing-masing. SK Kampung Fikri juga tak terkecuali...
Seawal pagi, murid-murid telah berkumpul untuk meraikan sambutan Hari Sukan peringkat sekolah. Acara yang ringkas dimulai dengan nyanyian lagu Negaraku, Diikuti Senamrobik seterusnya acara-acara sukan yang mana murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
Bersemangat menyanyikan lagu Negaraku.
Ucapan perasmian Sambutan Hari Sukan Negara telah disempurnakan oleh cikgu Mohd Sabri Mohd selaku PK Kokurikulum SKKFST.
Senamrobik yang ringkas.
Sesi mengambil kedatangan murid sebelum permaian dimulakan.
Acara Bola Sepak.
Murid Pra tidak ketinggalan meraikan sambutan hari sukan negara.
Oleh kerana Bola Tampar adalah permainan utama sekolah maka ia mendapat sambutan ramai murid.Syabas dan Tahniah diucapkan.
Tujuan utama Program ni untuk ajak rakyat Malaysia amalkan gaya hidup sihat.. Jadi kena keluarkan peluh setiap hari..
Moga Program ni berjaya mencapai objektif dan matlamat nya... Sesekali jadi budak-budak best gak kan...release tension kata nya.... :)
" Hari Sukan Negaratelah di isytiharkan pada setiap hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun. Ia telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat, Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada 24hb Mac 2015. "
KARNIVAL BAHASA INGGERIS SEKOLAH-SEKOLAH KLUSTER PERINGKAT KEBANGSAAN 2015
at
17:50
10.10.2015 - Seremban, SKKFST telah menyertai pertandingan dalam Karnival Bahasa Inggeris yang diadakan di SK Puteri,Seremban Negeri Sembilan. Terdapat 3 kategori yang dipertandingkan iaitu Action Songs, Public Speaking dan Story Telling.
Pasukan Action Songs membuat persembahan di hadapan juri.
Peserta menunggu giliran untuk membuat persembahan.
Peserta Story Telling, Adik Ahmad Shafi bin Hj Saifuddin.
Peserta Public Speaking, Adik Ahmad Muhaimin bin Mohd Amri.
Turut hadir memberi sokongan kepada peserta ialah mantan Guru Besar SKKFST Puan Zakiah binti Hasshim.Terima kasih cikgu kerana sudi datang.
" Persiapan Pasukan Action songs untuk pertandingan seterusnya giat dijalankan. "
Subscribe to:
Posts (Atom)




















































