...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Sunday 11 October 2015

KARNIVAL BAHASA INGGERIS SEKOLAH-SEKOLAH KLUSTER PERINGKAT KEBANGSAAN 2015



10.10.2015 - Seremban, SKKFST telah menyertai pertandingan dalam Karnival Bahasa Inggeris yang diadakan di SK Puteri,Seremban Negeri Sembilan. Terdapat 3 kategori yang dipertandingkan iaitu Action Songs, Public Speaking dan Story Telling.
Pasukan Action Songs membuat persembahan di hadapan juri.

Peserta menunggu giliran untuk membuat persembahan.

Peserta Story Telling, Adik Ahmad Shafi bin Hj Saifuddin.

Peserta Public Speaking, Adik Ahmad Muhaimin bin Mohd Amri.

Turut hadir memberi sokongan kepada peserta ialah mantan Guru Besar SKKFST Puan Zakiah binti Hasshim.Terima kasih cikgu kerana sudi datang.

Walaupun tidak mendapat sebarang tempat pada hari tersebut, kami warga SKKFST tetap berbangga dengan anda semua.Mungkin tiada rezeki kita di sini.Kita cuba lagi dilain waktu. In Shaa Allah...Sekurang-kurangnya kamu telah mencuba dengan baik dan pengalaman ke tempat orang itulah yang amat berharga sebenarnya. Akhir kalam....Jutaan terima kasih kepada semua yang telah terlibat samada secara langsung dan tidak langsung dalam pelbagai aspek sepanjang program dijalankan.

" Persiapan Pasukan Action songs untuk pertandingan seterusnya giat dijalankan. "

No comments:

Post a Comment