...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Sunday 11 October 2015

SALAM MA'AL HIJRAH 1437H / 2015


Pada tahun 2015, kita akan sama-sama melangkah ke tahun baru Islam 1437H pada akhir waktu Asar 13 Oktober 2015 (Selasa). Majlis Perhimpunan Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan pula akan diadakan pada 1 Muharram 1437H / 14 Oktober 2015 dengan tema 'Perpaduan Nadi Transformasi Negara'.

Doa Akhir Tahun 
 Dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib  pada akhir bulan Zulhijjah iaitu pada 13 Oktober 2015 (Selasa).



Doa Awal Tahun 
Dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam 1 Muharram iaitu pada hari yang sama. 

* Selamat Tahun Baru Hijrah 1437H untuk semua pembaca blog skkfst.


“Perpaduan Nadi Transformasi Negara”

No comments:

Post a Comment