...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Sunday 11 October 2015

SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT SEKOLAH 2015

10.10.15 Merupakan sambutan Hari Sukan Negara... Semua Jabatan Kerajaan dan Swasta diminta buat sambutan diperingat jabatan masing-masing. SK Kampung Fikri juga tak terkecuali...
Seawal pagi, murid-murid telah  berkumpul untuk meraikan sambutan Hari Sukan peringkat sekolah. Acara yang ringkas dimulai dengan nyanyian lagu Negaraku, Diikuti Senamrobik seterusnya acara-acara sukan yang mana murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
Bersemangat menyanyikan lagu Negaraku.
Ucapan perasmian Sambutan Hari Sukan Negara telah disempurnakan oleh cikgu Mohd Sabri Mohd selaku PK Kokurikulum SKKFST.
Senamrobik yang ringkas.
Sesi mengambil kedatangan murid sebelum permaian dimulakan.
Acara Bola Sepak.
Murid Pra tidak ketinggalan meraikan sambutan hari sukan negara.
Oleh kerana Bola Tampar adalah permainan utama sekolah maka ia mendapat sambutan ramai murid.Syabas dan Tahniah diucapkan.
Tujuan utama Program ni untuk ajak rakyat Malaysia amalkan gaya hidup sihat.. Jadi kena keluarkan peluh setiap hari..
Moga Program ni berjaya mencapai objektif dan matlamat nya... Sesekali jadi budak-budak best gak kan...release tension kata nya.... :)

Hari Sukan Negaratelah di isytiharkan pada setiap hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun. Ia telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat, Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada 24hb Mac 2015.  "

No comments:

Post a Comment