...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Wednesday 14 October 2015

SELAMAT MAJU JAYA !!!!


PENGUMUMAN !!!
Pasukan Bola Tampar Sekolah SKKFST akan bertolak ke Johor Bahru hari ini untuk menghadiri Karnival Bola Tampar Jemputan Sekolah - Sekolah Kluster Peringkat Kebangsaan bertempat di SK Parit Haji Adnan,Pontian Johor.Karnival akan bermula esok 16 Hingga 17 Oktober 2015 ( Jumaat - Sabtu ).Semoga selamat perjalanan pergi dan pulang dengan kejayaan yang membanggakan.

Seluruh warga SKKFST, mengucapkan tahniah kepada pasukan Bola Tampar Sekolah dan jurulatih-jurulatih kerana telah mencapai ketahap yang membanggakan hingga sekarang. Selamat maju jaya diucapkan .Semoga kecemerlangan akan berterusan.


 " Pergi Dengan Harapan...Pulang Dengan Kejayaan..."

No comments:

Post a Comment