...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Sunday 18 October 2015

KARNIVAL BOLA TAMPAR JEMPUTAN SEKOLAH-SEKOLAH KLUSTER PERINGKAT KEBANGSAAN 2015


TARIKH : 16 - 17 OKT 2015
HARI : JUMAAT - SABTU
TEMPAT : SK PARIT HAJI ADNAN,PONTIAN JOHOR BAHRU
KEPUTUSAN : NAIB JOHAN KEBANGSAAN 

UCAPAN TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA PASUKAN BOLA TAMPAR LELAKI SKKFST , TELAH MENDAPAT NAIB JOHAN  PERINGKAT KEBANGSAAN DI KARNIVAL BOLA TAMPAR JEMPUTAN SEKOLAH-SEKOLAH KLUSTER PERINGKAT KEBANGSAAN 2015 BARU-BARU INI.

Dukacita dimaklumkan bahawa pasukan bola tampar perempuan SKKFST telah kalah awal.Bagaimanapun warga SKKFST mengucapkan Tahniah dan tetap berbangga kerana kalian telah sampai ketahap tertinggi sebaris dengan pasukan-pasukan lain dan telah mencuba sehabis daya.Kita cuba lagi dilain masa.

Sehubungan dengan itu, ucapan TAHNIAH DAN SYABAS juga kepada jurulatih-jurulatih serta pengurus-pengurus kepada pasukan bola tampar atas kejayaan tersebut. Semoga kejayaan tersebut akan memberi rangsangan, motivasi dan semangat kepada pasukan yang lain untuk mencipta kejayaan.

Ucapan Syabas juga ditujukan kepada pasukan dari SK DUSUN telah menjulang tempat PERTAMA dalam karnival tersebut.Satu-satu nya pasukan yang sukar dikalahkan oleh pasukan lain.

Majlis perasmian Karnival Bola Tampar Peringkat Kebangsaan Tahun 2015

Latihan Stamina dijalankan sebelum turun gelanggang bertemu pihak lawan.

Sepanjang perlawanan berlangsung.

Majlis penutup dan penyampaian hadiah kepada para pemenang.

Gambar kenangan bersama ' musuh tradisi gelanggang ' SK Dusun.


Orang-orang berhasil tidak hanya dengan keras hati, melainkan mereka juga bekerja keras yang percaya pada kemampuan dirinya. "

No comments:

Post a Comment