Wednesday, 18 November 2015
Saturday, 14 November 2015
AGIHAN JAKET KESELAMATAN ( PERSEDIAAN MENGHADAPI MUSIM BANJIR )
at
23:33
15 NOV 2015- Unit HEM SKKFST telah mengambil langkah awal mengagihkan jaket keselamatan kepada 7 orang murid hari ini selesai sahaja perhimpunan pagi. Bantuan ini dikhususkan kepada murid yang berada di kawasan berisiko tinggi menghadapi banjir setiap tahun.Syabas diucapkan kepada Unit HEM atas keprihatinan tersebut.
Tuesday, 10 November 2015
HARI USAHAWAN & KOKURIKULUM PERINGKAT DAERAH SETIU 2015
at
20:58
9 Nov 2015 ( Isnin ) - Hari Usahawan & Kokurikulum Daerah Setiu 2015 telah diadakan.SKKFST telah mengambil bahagian dalam kategori papan pameran pada hari tersebut.Booth pameran SKKFST telah mendapat sambutan hangat para pengunjung yang tidak putus-putus pada hari itu.TAHNIAH kepada semua yang terlibat.
Antara bahan pameran yang dipamerkan kepada pengunjung.
Tuan Haji Kipayatu Allah bin Dato'Mohd Said, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Setiu turut serta mengunjungi booth SKKFST.
Wakil murid mempromosikan nama SKKFST.
Suasana dalam Dewan PPD Setiu semasa program berlangsung.]
Perasmian penutup oleh Tuan KPPD Setiu tlebih kurang jam 12.00 tengahari.
PERTANDINGAN ACTION SONG SEKOLAH-SEKOLAH KLUSTER PERINGKAT KEBANGSAAN 2015
at
20:45
TARIKH : 17 NOV 2015
HARI : SABTU
TEMPAT : SK SELANCAR 3,PAHANG
Pasukan Action Songs SKKFST sekali lagi mendapat jemputan ke pertandingan action song peringkat kebangsaan yang telah diadakan di SK Selancar 3,Pahang hujung minggu yang lalu.Sebanyak 9 buah sekolah telah mengambil bahagian namun pasukan action song SKKFST nampaknya tidak bernasib baik setelah hanya mendapat tempat ke-8 pada hari tersebut.Walaubagaimanapun TAHNIAH & SYABAS diucapkan kepada jurulatih dan pengurus pasukan kerana tidak pernahj kenal erti penat lelah sepanjang tahun melatih pasukan ini.
Suasana di luar dewan dan pendaftaran peserta
Persembahan warna-warni dan bertenaga daripada pasukan action song SKKFST
Persembahan daripada sekolah-sekolah yang mengambil bahagian
Penyampaian hadiah disampaikan oleh Ketua Sektor Bahasa Inggeris PPD Pahang diiringi Guru Besar SK Selancar 3.
" Penutup untuk Tahun 2015...Dalam Kenangan mencipta pelbagai pengalaman dan kejayaan."
Wednesday, 4 November 2015
Wednesday, 28 October 2015
Tuesday, 27 October 2015
KEJOHANAN BOLA TAMPAR ANTARA SEKOLAH-SEKOLAH ZON SETIU SELATAN
at
19:20
TAHNIAH!!! JOHAN LAGI !!!!
27 Oktober 2015 ( Selasa ) - Bertempat di Gelanggang Bola Tampar SK lembah Jaya,sekali lagi SKKFST menempa nama dalam Arena Bola Tampar.Tidak hairanlah jika ada yang mengatakan bahawa SKKFST terkenal dan disegani dengan sukan ini terutama di Daerah Setiu.
KEPUTUSAN RASMI :
Lelaki
JOHAN - SK KAMPUNG FIKRI ( SG TONG )
NAIB JOHAN - SK KAMPUNG RAJA
KETIGA BERSAMA - SK BANGGOL & SK LEMBAH JAYA
Perempuan
JOHAN - SK KAMPUNG FIKRI ( SG TONG )
NAIB JOHAN - SK KAMPUNG RAJA
KETIGA BERSAMA - SK LEMBAH JAYA & SK KAMPUNG BULUH
TAHNIAH diucapkan kepada semua pemain, pengurus, jurulatih dan semua yang terlibat yang tidak pernah kenal erti putus asa dan sentiasa berusaha untuk menghadiahkan kemenangan ini.Tiada yang mustahil bagi SKKFST.
SKK...Semangat...Keberanian...Kebanggaan...
Monday, 26 October 2015
LAWATAN PENANDA ARAS MGB ZON SETIU TIMUR KE SKKFST
at
19:13
26 Oktober 2015 ( Isnin ) - Seramai 40 orang Guru besar-guru besar bersama GPK-GPK dari Sekolah Zon Setiu Timur telah menyertai Lawatan Penanda Aras MGB Zon Setiu Timur Ke SK Kampung Fikri ( Sg Tong ). Lawatan yang berkonsepkan perkongsian ilmu itu dilihat memberi manfaat dan pendedahan kepada para guru besar yang hadir tentang strategi, perancangan dan perlaksanaan yang telah dibuat oleh pihak SKKFST sehingga diiktiraf sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan ( SKK ) pada April 2013. Para peserta lawatan telah diberi taklimat Aliran SKK oleh GPK Pentadbiran SKKFST, Puan Rosliwati binti Sidik Ahmad. Disusuli dengan persembahan Multimedia yang memaparkan kejayaan-kejayaan yang telah dicapai oleh SKKFST. Diharapkan agar dengan lawatan ini, pihak tetamu sedikit sebanyak mendapat input berguna untuk diaplikasikan di sekolah masing-masing.
Tentatif Program :
- Ketibaan Jemputan
- Perlawanan Bola Tampar ( MGB vs Team Lelaki SKKFST )
- Persembahan Action Songs ( Pasukan Action Songs SKKFST )
- Melawat Makmal Bahasa
- Taklimat SKK
- Jamuan / bersurai
Tentatif Program :
- Ketibaan Jemputan
- Perlawanan Bola Tampar ( MGB vs Team Lelaki SKKFST )
- Persembahan Action Songs ( Pasukan Action Songs SKKFST )
- Melawat Makmal Bahasa
- Taklimat SKK
- Jamuan / bersurai
Sebelum perlawanan dimulakan.
Bila pentadbir-pentadbir beraksi di gelanggang !!!!
gelagat semasa perlawanan berlangsung...kemenangan masih berpihak kepada pasukan Bola Tampar SKKFST.
Pasukan Action Songs SKKFST...
Persembahan pembukaan " selamat datang " kepada tetamu.
Persembahan Action Songs.
Lawatan ke Makmal Bahasa.
Bacaan doa oleh Cikgu Wan Izimi bin Wan Md zin.
Ucapan alu-aluan oleh Tuan Guru Besar En Zainuddin bin Dollah.
Ucapan oleh Pengerusi MGB Zon Setiu Timur.
Taklimat SKK Oleh GPK 1 Puan Rosliwati bt Sidik Ahmad.
Sesi Soal Jawab.
Pengerusi MGB Zon Setiu Timur menyampaikan cenderamata kepada Guru Besar SKKFST.
Program diakhiri dengan sedikit jamuan makan tengahari kepada tetamu.
Acara rasmi selesai pada jam 12.30 tengah hari, Semoga ada di antara sekolah-sekolah ini yang akan mendapat pengiktirafan SKK atau SBT di masa hadapan. Mudah-mudahan bertambah bilangan sekolah SKK dan SBT di Daerah Setiu. Amiinn....Kami juga berharap anda semua berpuas hati dengan layanan sepanjang lawatan tersebut.
" Terima Kasih atas kunjungan anda ke sekolah kami...Sehingga berjumpa lagi... "
Subscribe to:
Posts (Atom)









































































