...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Didekatkanlah syurga itu kepada orang-orang yang bertaqwa pada tempat yang tidak jauh dari mereka. Inilah yang dijanjikan kepadamu, iaitu kepada setiap hamba yang selalu kembali pada Allah lagi memelihara semua peraturan-peraturan-Nya. Orang yang takut kepada Tuhan Yang Maha Pemurah, sedang Dia tidak kelihatan olehnya dan dia datang dengan hati yang bertaubat. Masukilah syurga itu dengan aman, itulah hari kekekalan. Mereka di dalamnya memperoleh apa yang mereka kehendaki dan pada sisi Kami ada tambahannya.” (Al-Quran, Qaaf: 31-35)"

Monday, 26 October 2015

LAWATAN PENANDA ARAS MGB ZON SETIU TIMUR KE SKKFST

26 Oktober 2015 ( Isnin )  - Seramai 40 orang Guru besar-guru besar bersama GPK-GPK dari Sekolah Zon Setiu Timur telah menyertai Lawatan Penanda Aras MGB Zon Setiu Timur Ke SK Kampung Fikri ( Sg Tong ). Lawatan yang berkonsepkan perkongsian ilmu itu dilihat memberi manfaat dan pendedahan kepada para guru besar yang hadir tentang strategi, perancangan dan perlaksanaan yang telah dibuat oleh pihak SKKFST sehingga diiktiraf sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan ( SKK ) pada April 2013. Para peserta lawatan telah diberi taklimat Aliran SKK oleh GPK Pentadbiran SKKFST, Puan Rosliwati binti Sidik Ahmad. Disusuli dengan persembahan Multimedia yang memaparkan kejayaan-kejayaan yang telah dicapai oleh SKKFST. Diharapkan agar dengan lawatan ini, pihak tetamu sedikit sebanyak mendapat input berguna untuk diaplikasikan di sekolah masing-masing.

Tentatif Program : 
- Ketibaan Jemputan
- Perlawanan Bola Tampar ( MGB vs Team Lelaki SKKFST )
- Persembahan Action Songs ( Pasukan Action Songs SKKFST )
- Melawat Makmal Bahasa
- Taklimat SKK
- Jamuan / bersurai
Sebelum perlawanan dimulakan.
Bila pentadbir-pentadbir beraksi di gelanggang !!!!
gelagat semasa perlawanan berlangsung...kemenangan masih berpihak kepada pasukan Bola Tampar SKKFST.

Pasukan Action Songs SKKFST...
Persembahan pembukaan " selamat datang " kepada tetamu.
Persembahan Action Songs.

Lawatan ke Makmal Bahasa.

Bacaan doa oleh Cikgu Wan Izimi bin Wan Md zin.
Ucapan alu-aluan oleh Tuan Guru Besar En Zainuddin bin Dollah.
Ucapan oleh Pengerusi MGB Zon Setiu Timur.
Taklimat SKK Oleh GPK 1 Puan Rosliwati bt Sidik Ahmad.
Sesi Soal Jawab.
Pengerusi MGB Zon Setiu Timur menyampaikan cenderamata kepada Guru Besar SKKFST.
Program diakhiri dengan sedikit jamuan makan tengahari kepada tetamu.
Acara rasmi selesai pada jam 12.30 tengah hari,  Semoga ada di antara sekolah-sekolah ini yang akan mendapat pengiktirafan SKK atau SBT di masa hadapan. Mudah-mudahan bertambah bilangan sekolah  SKK dan SBT di Daerah Setiu. Amiinn....Kami juga berharap anda semua berpuas hati dengan layanan sepanjang lawatan tersebut.


" Terima Kasih atas kunjungan anda ke sekolah kami...Sehingga berjumpa lagi... "


























No comments:

Post a Comment