...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Monday 7 April 2014

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-16 2014

Persatuan Ibu bapa Dan Guru SKKFST telah mengadakan Mesyuarat Agung kali ke-16 tahun 2014 pada 23 Mac 2014 bertempat di Kantin SKKFST dari jam 8.00pg hingga 12.00 tgh.Mesyuarat tersebut telah dirasmikan oleh YB Dato' Sabri bin Hj Mohd Noor iaitu ADUN Langkap.
Pihak sekolah amat mengalu-alukan kehadiran pada ibu bapa serta waris ke mesyuarat ini bagi sama-sama mendengar pembentangan minit dan belanjawan akaun pibg bagi tahun 2013. Selain itu, mesyuarat juga akan menjalankan sesi perlantikan AJK yang baru baru tahun 2014/2015 dan seterusnya membincangkan usul-usul yang telah dibangkitkan dalam borang usul yang telah diedarkan.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Al-Fadhil Ustaz Abdul Rahman selaku Imam Masjid Ladang Fikri, Sungai Tong.
Terima kasih kepada semua ibu bapa / waris yang telah hadir pada Mesyuarat Agung PIBG SKKFST kali ke-16 ini. Tahniah juga diucapkan kepada semua Jawatankuasa yang telah dilantik secara sebulat suara bagi mewakili para ibu bapa serta guru SKKFST.
Akhir sekali, majlis diserikan dengan cabutan nombor bertuah. Tahniah kepada yang telah mendapat nombor yang bertuah dimana hadiahnya adalah seperti hamper makanan.

No comments:

Post a Comment