...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Tuesday, 22 April 2014

KEM BESTARI SOLAT 2014


TEMPAT:
SK KAMPUNG FIKRI ( SG TONG ) SETIU

TARIKH:
14 APRIL 2014 ( ISNIN )

ANJURAN:
UNIT j-QAF DENGAN KERJASAMA PANITIA PENDIDIKAN ISLAM

1.0 PENDAHULUAN
Program Kem Bestari Solat merupakan salah satu daripada modul yang terdapat dalam program j-QAF sejak sessi 2005. Aktiviti ini dilaksanakan untuk memastikan murid-murid dapat menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan, perbuatan, ilmu pengetahuan dan penghayatan. Program ini juga merupakan salah satu aktiviti pengukuhan dalam bentuk amali yang diketengahkan kepada murid-murid  sekolah rendah.

2.0 OBJEKTIF
            2.1 Murid dapat melakukan rukun wuduk dengan sempurna.
            2.2 Memberi pendedahan kepada murid tentang cara solat yang   
                  betul (perbuatan dan bacaan) berdasarkan rukun dan syarat-syarat
                  yang telah ditetapkan.
            2.3 Memberi peluang kepada murid untuk mengetahui cara solat yang 
                  sempurna sama ada secara bersendirian mahupun berjemaah.
2.4 Menekankan kepada murid tujuan dan hikmah pelaksanaan solat dalam  
      kehidupan seharian.

3.0 MATLAMAT
Kem Bestari Solat ini dilaksanakan bagi memastikan semua murid mendapat pendedahan serta mengaplikasikan ibadah solat dalam kehidupan seharian dengan sempurna dari segi tujuan solat, bacaan, rukun, ilmu pengetahuan dan penghayatan solat.

4.0 KUMPULAN SASARAN
Semua murid.

No comments:

Post a Comment