...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“"Orang tua kerja untuk menghidupi anaknya, anaknya sekolah agar mendapatkan kehidupan yang lebih layak di kemudian hari. Dengan belajar dan mendapatkan nilai baik adalah cara jitu pelajar untuk membahagiakan orang tuanya."

Wednesday, 25 June 2014

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak!


Begitu pantas masa berlalu, sedar tak sedar Bulan Ramadhan datang lagi. Rasanya, baru semalam menyambut Bulan Ramadhan dan kini menyambut lagi. Itulah tandanya dunia berada di akhir zaman, masa terasa berlalu dengan pantas.
Bila bercakap tentang Bulan Ramadhan, ia adalah bulan yang penuh keberkatan. Bulan inilah kebanyakan orang akan beramal lebih daripada biasa. Ada yang bersedekah dengan menghantar juadah berbuka puasa di masjid atau surau, ada yang mengaji Al-Quran sehingga khatam, ada yang solat tarawih tanpa pernah tinggal, ada yang bangun tahajud dan bermacam-macam cara lagi untuk beramal. Selain beramal ibadah, Bulan Ramadhan juga adalan bulan yang penuh dengan rezeki. Sesetengah orang menggunakan Bulan Ramadhan ini untuk berniaga dengan membuka bazar ramadhan dan ada yang berniaga di sebelah malam secara separuh masa setelah bekerja di siang hari.
Kalau bercakap tentang Bulan Ramadhan juga, pasti ia tak dapat lari dengan juadah berbuka puasa. Masa inilah bermacam-macam jaudah berbuka puasa yang hendak di makan. Kalau pergi ke bazar ramadhan boleh rambang mata dibuatnya, apabila melihat bermacam-macam juadah berbuka puasa yang dijual seperti ikan bakar, ayam percik, murtabak, air kelapa muda, air tebu dan lain-lain. Kalau tulis pasal bab-bab makan nie boleh terliur dibuatnya.Apa pun admin mengucapkan SELAMAT BERPUASA BUAT WARGA SKKFST...KUATKAN IMAN...TINGKATKAN AMAL...
Sumber : google search

No comments:

Post a Comment