...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Didekatkanlah syurga itu kepada orang-orang yang bertaqwa pada tempat yang tidak jauh dari mereka. Inilah yang dijanjikan kepadamu, iaitu kepada setiap hamba yang selalu kembali pada Allah lagi memelihara semua peraturan-peraturan-Nya. Orang yang takut kepada Tuhan Yang Maha Pemurah, sedang Dia tidak kelihatan olehnya dan dia datang dengan hati yang bertaubat. Masukilah syurga itu dengan aman, itulah hari kekekalan. Mereka di dalamnya memperoleh apa yang mereka kehendaki dan pada sisi Kami ada tambahannya.” (Al-Quran, Qaaf: 31-35)"

Monday, 5 January 2015

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH !!!

ALHAMDULILLAH....Segala puji-pujian hanya bagi Allah, selawat dan salam kepada junjungan Nabi Muhammad s.a.w. dan seterusnya kaum keluarganya serta para sahabat dan para tabiin seluruhnya.
Biarpun masih tinggal 4 hari lagi untuk memulakan sesi persekolahan 2015 (bermula 11 Januari 2015) ucapan selamat kembali ke sekolah diucapkan kepada semua warga guru, pentadbir, staf, murid dan juga ibu bapa/ penjaga SKKFST dan selamat datang kepada murid-murid baru tahun satu nanti.
Adalah diharapkan, 2015 bakal membawa satu titik perubahan yang besar di bumi SKKFST tercinta. Seperti kata pepatah "Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah / bermula di bawah tapak kaki seseorang." 
Ayuh! Kita kembali ke sekolah untuk sesi 2015 dengan penuh keazaman menempah kecemerlangan dunia dan akhirat.

No comments:

Post a Comment