...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Didekatkanlah syurga itu kepada orang-orang yang bertaqwa pada tempat yang tidak jauh dari mereka. Inilah yang dijanjikan kepadamu, iaitu kepada setiap hamba yang selalu kembali pada Allah lagi memelihara semua peraturan-peraturan-Nya. Orang yang takut kepada Tuhan Yang Maha Pemurah, sedang Dia tidak kelihatan olehnya dan dia datang dengan hati yang bertaubat. Masukilah syurga itu dengan aman, itulah hari kekekalan. Mereka di dalamnya memperoleh apa yang mereka kehendaki dan pada sisi Kami ada tambahannya.” (Al-Quran, Qaaf: 31-35)"

Sunday, 8 February 2015

KEJOHANAN BOLA JARING PERINGKAT ZON SETIU TIMUR 2015

09 Feb 2015 - KEMENANGAN BERGANDA!!! Hanya itu yang sesuai dikatakan untuk SKKFST hari ini.Pasukan Bola Jaring Sekolah turut mengikut langkah pasukan bola baling apabila menjadi JOHAN ZON SETIU TIMUR hari ini.Kejohanan Bola Jaring peringkat Zon Setiu Timur telah berlangsung di SK Seri Langkap pagi tadi dan sekali lagi gelaran JOHAN ZON menjadi milik SKKFST.
Bertemu tuan rumah sama sekali tidak menggentarkan pasukan SKKFST malah dengan kemenangan 7-5 SKKFST berjaya membuktikan SKKFST tidak gentar dengan sesiapa. Pihak sekolah ingin mengucapkan tahniah kepada pasukan Bola Jaring SKKFST di atas kejayaan yang lebih baik dari tahun sebelumnya.




No comments:

Post a Comment