...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“"Orang tua kerja untuk menghidupi anaknya, anaknya sekolah agar mendapatkan kehidupan yang lebih layak di kemudian hari. Dengan belajar dan mendapatkan nilai baik adalah cara jitu pelajar untuk membahagiakan orang tuanya."

Saturday, 7 February 2015

MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS 2015

Pada hari ini 8 Feb 2015 telah berlangsung Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengawas bagi tahun 2015. Pada majlis ini telah menghimpunkan pengawas sekolah dan pengawas perpustakaan. Kepada murid-murid yang telah dilantik diharapkan dapat menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan dengan sebaik mungkin.
Majlis dimulakan dengan ucapan Alu-aluan daripada Tuan Guru Besar SKKFST En Zainuddin bin Dollah, seterusnya ucapan perasmian oleh Tuan Inspektor dari IPD Setiu yang dijemput disusuli dengan bacaan ikrar oleh ketua Pengawas yang dilantik.
 
Sesi Q & A 
Ucapan PDRM sekaligus merasmikan majlis

Bacaan ikrar oleh Oleh Pengawas-pengawas yang telah dilantik diketuai oleh adik Ahmad Muhaimin bin Mohd Amri
Penyampaian watikah pelantikan kepada pengawas sekolah sesi 2015
Penyampaian watikah pelantikan kepada pengawas perpustakaan sekolah sesi 2015
sesi bergambar bersama tetamu jemputan
SEKALUNG PENGHARGAAN
Pengerusi dan barisan AJK kepimpinan sekolah ingin merakamkan setinggi-tinggi perhargaan dan jutaan terima kasih di atas kehadiran, kerjasama serta bantuan tenaga kepada:-
- Ibu Pejabat Polis Setiu
- Balai Polis Sungai Tong
- Warga SKKFST
- Semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung
Dalam menjayakan majlis penyerahan watikah pelantikan kepimpinan sekolah untuk sesi 2015 ini.




No comments:

Post a Comment