Majlis dibuka dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran yang telah disampaikan oleh murid prasekolah Adik Muhammad Ilham bin Mohd Hazani ( 6 Tahun ).
Ucapan daripada Ketua Murid Adik Ahmad Muhaimin bin Mohd Amri.
Ucapan Alu-aluan daripada Guru Besar SKKFST En.Zainuddin bin Dollah.
Ucapan daripada YDP PIBG SKKFST Tuan Haji Dollah bin Mat Ali.
Ucapan Perasmian oleh Tuan Haji Rosmadi bin Haji Nasir ( Pegawai PPD Setiu ).
Persembahan daripada murid prasekolah, murid tahap 1 dan tahap 2.
Barisan tetamu VIP yang hadir.
Majlis graduasi murid prasekolah Adwan.
Penyampaian sijil bakti lestari juga diberikan bagi menghargai jasa dan sumbangan pihak TDM & PIBG sepanjang tahun 2015 demi melihat kejayaan anak-anak SKKFST.
Terima kasih kepada Tuan Haji Rosmadi kerana sudi hadir merasmikan majlis SKKFST.
Pelbagai kejayaan dan anugerah yang diraih murid-murid daripada Tahun 1- Tahun 6 sepanjang tahun 2015.Tahniah diucapakan kepada semua yang telah berjaya.
Persembahan khas daripada murid Tahun 6 dan hari-hari terakhir sebelum mereka melangkah masuk ke alam Sekolah Menengah.
Sudah tentu disebalik sesebuah majlis ada krew-krew yang bertugas di belakang tabir.Jutaan terima kasih ditujukan kepada krew-krew yang bertugas dan mengawal selia keadaan sepanjang majlis.Tanpa kalian event ini
tidak akan berjalan sebagaimana yang kita rancangkan....!
" Ringan sama dijinjing...Berat Sama dipikul..."
No comments:
Post a Comment