...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Saturday 20 February 2016

PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA TAMPAR 2016 ( SKKFST VS IMTIAZ SETIU )

Pada 17 Februari 2016 (Rabu), Rombongan dari IMTIAZ SETIU telah datang ke Arena Bola Tampar SKKFST untuk satu Program Perlawanan Persahabatan Bola Tampar 2016, IMTIAZ SETIU juga merupakan tetamu SKKFST  pertama untuk tahun 2016. Perlawanan ini dijalankan di gelanggang bola tampar sekolah pada pukul 3.15 petang  hingga pukul 4.45 petang.  Pasukan bola tampar SKKFST  telah berjaya memonopoli kedua-dua kategori pada petang tersebut.
Syabas dan taniah diucapkan kepada pasukan kerana  berjaya membuktikan bahawa SKKFST disegani dalam Arena Sukan Bola Tampar. Diharapkan para pemain meneruskan usaha untuk mencapai kecemerlangan.

Rombongan tiba tepat jam 3.15 petang disambut mesra oleh guru-guru dan pasukan Bola Tampar sekolah.
Penyerahan Cenderakenangan sebelum perlawanan dimulakan.
Perlawanan Kategori lelaki
Perlawanan kategori Perempuan.
Terima kasih keranan sudi berkunjung ke SKKFST...
Kalau Ada Sumur Di ladang
Boleh Saya Menumpang mandi
Kalau Ada Umur Yang Panjang
Boleh Kita Berjumpa lagi

No comments:

Post a Comment