...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Wednesday 23 March 2016

KEJOHANAN BOLA TAMPAR MSSM 2016

13 - 18 MAC 2016 - Telah berlangsung satu Kejohanan Bola Tampar MSSM 2016 bertempat di Kompleks Sukan,UIAM Kuantan.Dengan Bangga saya ingin menyatakan 4 orang wakil dari SKKFST telah dipilih untuk mewakili Negeri TERENGGANU dalam kejohanan tersebut.
Kontinjen negeri ternyata unggul apabila berjaya memenangi tempat ketiga Kebangsaan bagi kedua-dua kategori dengan mengumpul sebanyak 25 mata dikalahkan pencabar terdekat iaitu Negeri Johor dengan 35 mata.
3 orang pemain L12 dan seorang pemain P12 dari SKKFST yang mewakili Negeri Terengganu dalam kejohanan yang berlangsung.Syabas Dan Tahniah Diucapkan.
Sekali lagi nama SKKFST"menjadi-jadi" di Tempat asing apabila Adik Muhammad Amiruddin bin Ilias turut mengungguli Anugerah Khas pada hari tersebut.Beliau telah ditabalkan sebagai Blocker Terbaik L12 Kebangsaan 2016 .TAHNIAH !!!!
Adik Muhammad Amiruddin bin Ilias menerima Anugerah Khas
" Blocker Terbaik Kebangsaan 2016 "


“Kejayaan ini berkat semangat juang pemain yang tinggi serta perancangan efektif jurulatih, kerjasama dan komitmen dari pengurus pasukan serta sokongan daripada semua pihak.Jutaan Terima Kasih Kepada Semua yang telah terlibat samada secara langsung dan tidak langsung.
KEPUTUSAN RASMI KEJOHANAN BOLA TAMPAR MSSM 2016



No comments:

Post a Comment