...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Wednesday 30 March 2016

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-18 & BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2016

30 Mac 2016 - Alhamdulillah selesai sudah Mesyuarat Agung Tahunan PIBG buat kali ke-18 yang berlangsung semalam dengan jayanya seperti yang dirancang.Pada hari itu juga Pengagihan Bantuan Awal Persekolahan 2016 juga dilakukan.Majlis 2 dalam 1 itu telah dirasmikan oleh YB Dato Sabri bin Hj Mohd Noor iaitu ADUN Kawasan Langkap.Terima Kasih YB Dato kerana sudi hadir.
Pendaftaran ibu bapa seawal jam 10.00 pagi
Dayang-Dayang menyambut kedatangan YB
Ketibaan YB Dato Sabri tepat jam 11.00 pagi disambut warga SKKFST
Majlis dimulakan dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran yang disampaikan oleh Adik Nur Hananni binti Samsudin Daripada Tahun 2.
Bacaan doa daripada Al-Fadhil Ustaz Azman bin Ali Akmal.
Ucapan aluan daripada Tuan Guru Besar SKKFST.
Ucapan daripada YDP PIBG Tuan Haji Dollah bin Mat Ali
Amanat dan Ucapan daripada YB Dato Sabri bin Hj Mohd Noor sekaligus merasmikan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-18.
Penyampaian Hadiah Kecemerlangan UPSR 2015 kepada ibu bapa / penjaga disampaikan YB Dato
hadiah cabutan bertuah turut disediakan.
Mesyuarat Agung bermula dan Pemilihan dilakukan secara undian.
Tahniah kepada Tn. Hj Dollah bin Mat Ali yang terus kekal pada  jawatan Yang Dipertua (YDP) PIBG. Demikian juga En Abdul Aziz bin Abdul Sallam kekal sebagai Naib Yang Dipertua (NYDP) PIBG. Semoga komitmen tuan-tuan sepanjang tahun lepas dapat diteruskan lagi pada tahun ini demi kebajikan anak-anak murid.
   Kepada AJK baru dan lama yang dilantik semoga dapat membantu sekolah dalam segala bidang - kurikulum, hal ehwal murid, kokurikulum, pengurusan, fizikal dan lain-lain lagi. Sesungguhnya kolaborasi antara PIBG dan sekolah selama ini sangat mantap di mana banyak kejayaan telah diraih dan program pembangunan telah dilakukan. Justeru diharapkan semoga AJK sesi kali ini dapat meneruskan legasi tersebut bahkan kalau boleh lebih cemerlang lagi. Insya Allah..

Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan 2016

Insan  disebalik tabir menjayakan majlis dengan tersusun dan meriah.Terima Kasih kepada Cikgu Sulaiman dan Ustazah Rosmaniyah serta Cikgu Mohd Sabri.
Tuan Haji Dollah (YDP) PIBG menyampaikan cenderamata kepada YB Dato Sabri bin Hj Mohd Noor daripada kami sebagai tanda terima kasih di atas kesudian Yang Berhormat hadir untuk sama-sama meraikan majlis tersebut.
Terima kasih diucapkan...

 " Dari Kedah ke pekan sari,

Beli suasa di Kota Tinggi,

Selesai sudah tugas diberi,

Di lain masa bersua lagi. " 

No comments:

Post a Comment