...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Monday 14 March 2016

MURID LIHAT KEJADIAN GERHANA MATAHARI

SKKFST - semua murid dan warga SKKFST berkesempatan melihat sendiri kejadian gerhana matahari yang berlaku pada 9 Mac 2016 yang lalu...
Pada waktu sama ia dapat memberi peluang kepada semua murid  untuk merasai sendiri suasana gerhana matahari yang berlaku setiap empat tahun.
pada hari tersebut kita hanya dapat melihat gerhana matahari sekitar 73-75 peratus sahaja kerana gerhana penuh berkemungkinan terjadi di Indonesia.
Cikgu Md Hesham selaku Guru Sains menerangkan kepada murid-murid mengenai kejadian gerhana matahari dan menunjukkan kepada mereka bagaimana ia berlaku.
Ia merupakan sesuatu yang amat berharga kerana keindahan gerhana matahari hanya dapat dilihat empat tahun dan itu bukan tempoh masa yang sekejap.
Murid-murid turut ditunjukkan bagaimana cara menunaikan solat gerhana matahari sebelum melakukan secara berjemaah di surau an-nur SKKFST.

No comments:

Post a Comment