...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Saturday 2 April 2016

MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada 2 orang guru yang telah menerima  APC pada tahun ini yang diadakan di Dewan PPD Setiu pada 31 Mac 2016 baru-baru ini.
 Semoga dengan pengiktirafan ini akan membangkitkan lagi semangat serta menjadi inspirasi untuk semua warga SKKFST untuk  berkhidmat dengan lebih baik. 
Sesungguhnya Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ini merupakan suatu bentuk penghargaan dan pengiktirafan kepada warga KPM di atas segala jasa, sumbangan dan pengorbanan mereka dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai penjawat awam, baik dalam menjalankan tugas rasmi mahupun penglibatan aktif di dalam kegiatan sukan, sosial dan kemasyarakatan.
 TAHNIAH kepada Cikgu Nik Mazlina binti Nik Abd Rahman Dan Cikgu Norasikin binti Simat ( GPK HEM ) SKKFST.

No comments:

Post a Comment