...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Sunday 3 April 2016

PELANCARAN PROGRAM KEM MEMBACA 1MALAYSIA (KM1M) 2016



4 April 2016 ( isnin ) - Kem Membaca 1Malaysia (KM1M) telah dilancarkan pagi tadi di SKKFST tepat jam 9.30 pagi.Program ini merupakan salah satu program Kementerian Pelajaran Malaysia di bawah Program Gerakan Tabiat Membaca.
Program KM1M 2016 akan diadakan selama 3 hari iaitu 4 hingga 6 April 2016 dengan Tema “Membaca Menjana Pemikiran 1Malaysia“. Majlis pelancaran KM1M Peringkat Kebangsaan  akan diadakan pada 4 April 2016 di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Engku Tun Aminah, Johor Bahru, Johor.
Terdapat empat objektif program ini, iaitu mengisi masa lapang murid, menggerakkan program / aktiviti galakan membaca, memupuk minat membaca secara berterusan dan menjadikan PSS sebagai tempat rujukan bahan bacaan serta memperkukuhkan kemahiran maklumat dalam kalangan murid.
Aktiviti membaca buku dijalankan selama 33 minit dan 36 saat bermula jam 9.30 pagi secara serentak di semua sekolah di seluruh Malaysia.

Tentatif :
- Murid dan Guru Berkumpul
- Nyanyian Lagu Negaraku
 - Bacaan Doa
- Ucapan Perasmian Dan Gimik Pelancaran Program Kem Membaca KM1M 2016 Oleh Tuan Guru Besar
- Bicara Guru Disampaikan Oleh Ketua Pengawas Sekolah
- Semua Murid Dan Guru Membaca Serentak dalam Tempoh 33 Minit 36 Saat
- Pesembahan Khas " Didi & Friends " ( 5 Buah Buku )

Nanyian Lagu Negaraku.
Bacaan Doa oleh Wakil Murid.Segmen Bicara Buku disampaikan oleh Adik Alea Shahira bt Surhan.
Ucapan perasmian dan gimik pelancaran disempurnakan oleh Tuan Guru Besar SKKFST En Zainuddin bin Dollah.
Soalan kuiz untuk murid dan hadiah turut disediakan.
Aktiviti membaca buku dijalankan selama 33 minit dan 36 saat bermula jam 9.30 pagi secara serentak 
Persembahan Khas oleh murid tahun 2  bertajuk " 5 buah buku " daripada Didi & Friends ".
Jutaan terima kasih kepada semua jawatankuasa yang telah menjayakan program pada hari ini. Semoga kita semua beroleh manfaat. Apa yang diharapkan adalah sikap suka membaca dapat terus dipupuk dikalangan murid-murid dan guru.


Membaca Menjana Pemikiran 1Malaysia

No comments:

Post a Comment