...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Sunday 13 November 2016

SIRI JELAJAH PERUT SIHAT BERSAMA YEO'S YEOGURT GAMATKAN SEKOLAH

10 NOV 2016, KHAMIS - Siri Jelajah Perut Sihat bersama Yeo's Yeogurt menggamatkan suasana di  sekolah.
Seramai 151 murid  bukan sahaja menimba pelbagai informasi berguna tentang tips kesihatan dan penghadaman tetapi berpeluang menikmati minuman sihat Yeo's Yeogurt secara percuma.

"Program ini sangat bagus untuk kesihatan para murid kerana penerangan tentang penghadaman dan organ dalaman yang diberikan amat membantu mereka. Pada masa sekarang masyarakat terutamanya kanak-kanak terdedah dengan pelbagai risiko dan penyakit kerana mengambil pemakanan secara tidak sihat.
"Melalui program ini penjagaan sistem penghadaman badan didedah dan murid juga kelihatan seronok dengan aktiviti yang dijalankan termasuk kuiz kesihatan," 


"Melalui sesi kuiz dan soal jawab yang dilakukan, para murid kelihatan sangat teruja dan berani untuk menjawab. Pelan pembangunan pendidikan juga menekankan supaya murid lebih berkeyakinan dan berani serta program ini adalah salah satu pendekatan baik untuk memupuk sikap itu.


"Ia satu program baik mengukuhkan hubungan pihak sekolah dengan agensi luar yang diyakini memberi manfaat berganda terutamanya untuk pelajar kerana pelbagai pendedahan tentang penghadaman dan kesihatan didedahkan serta mereka boleh aplikasikan ilmu positif ini sebagai amalan seharian,

No comments:

Post a Comment