...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Tuesday 1 November 2016

AKTIVITI MEMASAK BUBUR ASYURA

25 OKTOBER 2016 - SKKFST telah mengadakan aktiviti memasak Bubur Asyura bersama pihak PIBG, sempena bulan Muharram yang merupakan bulan istimewa bagi masyarakat Islam di seluruh dunia. Seluruh warga sekolah, guru-guru, pentadbir, staf sekolah mahupun kakitangan sokongan telah bekerjasama untuk memasak dua kawah Bubur Asyura.

BUBUR ASYURA
Sebagai bulan pertama tahun Hijriyah, Muharram menjadi medan muhasabah diri akan amal masa lalu untuk dijadikan pedoman dimasa hadapan. Kebanyakan umat Islam juga seikhlas hati bersama-sama melakukan kebaikan dan sedekah pada bulan ini. Dalam bulan ini, selain puasa dan amalan sunat yang lain ‘Bubur Asyura’ sinonim dengan bulan Muharram ini. 10 Muharram adalah Hari Asyura. Antara tradisi masyarakat Melayu turun temurun apabila tiba tarikh ini, ia disambut dengan membuat dan mengadakan jamuan Bubur Asyura. ‘Bubur Asyura’ atau ‘Bubur Suro’ adalah makanan yang dibuat dengan pelbagai campuran ramuan sempena meraikan Bulan Muharram terutama hari ke – 10 Muharram (Hari Asyura).
Penyediaan bahan untuk memasak bubur asyura dilakukan.
Masa yang diambil untuk mengacau bubur asyura ialah lebih kurang selama 6 jam lebih!!!! Phewww!.... Walaupun penat.. tetapi seronok.. berkumpul ramai2.. bergilir2 pegang sudip sambil bertukar2 cerita sebab dah lama tak berkumpul... hehe.. 
Pengagihan bubur asyura kepada semua murid dan warga sekolah.Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam program pada hari itu.Semoga silatulrahim kita akan terus berpanjangan.


No comments:

Post a Comment