...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Tuesday, 4 November 2014

MAJLIS SANJUNGAN BUDI DAN KESYUKURAN SKK 2014

Pada tanggal 03 November 2014 merupakan satu hari yang bersejarah untuk warga SK Kampung Fikri ( Sg Tong ).Hari ini adalah hari terakhir untuk Guru Besar sekolah ini menjawat jawatan sebagai Guru Besar kerana beliau telah genap umur 60 tahun dan akan bersara wajib dari jawatan di dalam dunia pendidikan.Begitulah kisah seorang pendidik bernama Pn Zakiah binti Hasshim yang telah berkhidmat di sekolah ini bermula pada tahun 2005 yang lalu.
Kami warga SKKFST telah berada di bawah jagaan beliau selama 9 tahun dan sepanjang berada di bawah pentadbirannya, kami mendapat banyak pengalaman yang amat berharga.Pada hari tersebut juga satu majlis perasmian English Centre dan Gelanggang Bola Tampar juga diadakan sekaligus meraikan warga sekolah dan ibu bapa kerana telah mendapat Sekolah Kluster Kecemerlangan pada 05 April 2013 yang lalu.


 Di bawah ini admin kongsikan antara gambar-gambar menarik sepanjang majlis :

 
Sambutan di luar pagar Ladang Fikri bersama guru-guru besar Daerah Setiu dan AJK PIBG
Cikgu Zakiah Disambut dengan paluan kompang yang bergema di hadapan pagar sekolah oleh Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Setiu bersama dif-dif jemputan serta warga SKKFST.
Tetamu disajikan dengan persembahan "selamat datang" oleh pasukan action song yang akan menyertai karnival BI peringkat kebangsaan pada 15 Nov nanti.
Ucapan-ucapan yang disampaikan oleh Ketua Murid,Penolong Kanan 1,Wakil Kakitangan,YDP PIBG,Naib Pengerusi MGB Setiu,Tuan KPPD Setiu dan yang diraikan sendiri cikgu Zakiah.
Sesi memberikan tanda kenangan kepada cikgu Zakiah.
Gimik perasmian English Centre
Gimik perasmian Gelanggang "Giants Volleyball"
Jamuan makan majlis kesyukuran SKK
Majlis diakhiri dengan acara memotong kek dan bersalam-salaman.
"Hilangnya Sebutir Permata" Daripada kami warga SKKFST untukmu cikgu...semoga cikgu memperolehi kesihatan yang baik dan sentiasa dilindungi Nya jua....
SELAMAT BERSARA...BUDIMU DIKENANG....JASAMU DIJULANG.....










KARNIVAL BOLA TAMPAR JEMPUTAN SEKOLAH-SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN 2014

Karnival Pertandingan Bola Tampar Jemputan Sekolah Kluster Kecemerlangan Peringkat Kebangsaan telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Dusun pada 31Oktober - 01November 2014 (Jumaat & Sabtu). Berikut adalah keputusan rasmi karnival tersebut:

L11:
Johan -  SK Dusun
Naib Johan - SK Bukit Guntong
Tempat Ketiga - SK Kampung Fikri & SK Pasir Nering

P11
Johan - SK Dusun
Naib Johan - SK Bukit Guntong
Tempat Ketiga - SK Wakaf Mempelam & SK Paka II

::~ semoga tahun depan boleh sertai karnival seperti ini lagi. Insyaallah...

Berita Bergambar:



Tahniah diucapkan kepada tuan rumah kerana masih lagi berjaya mengekalkan kejuaraan...kepada yang kurang berjaya kita akan cuba lagi dilain masa...in sya Allah...



Monday, 20 October 2014

SELAMAT MENYAMBUT DEEPAVALI DAN AWAL MUHARRAM ( MAAL HIJRAH ) 1436H

 
Cuti Deepavali & Awal Muharram 22-26 Oktober 2014

GANU NELANG..!!!!

     TARIKH   : 17 HINGGA 20 OKTOBER 2014 
     TEMPAT  : BENTONG,PAHANG 

Pasukan Bola Tampar B12 Terengganu bersama Coaches...Tahniah dan Syabas
Adik Noralif Shah bersama pingat EMAS yang telah dimenanginya bersama pasukan Terengganu
Pertemuan diperingkat Akhir menentang pasukan dari Kula Lumpur dan mendapat kemenangan 3-1

Dengan slogan "tapo ganu tapo"...Tahniah dan Syabas diucapkan kepada pasukan bola tampar bawah 12 Terengganu kerana telah merangkul pingat EMAS dalam Kejohanan Bola Tampar MSSM 2014 yang diadakan di Bentong,Pahang yang berakhir semalam.Pada kejohanan itu juga pasukan Terengganu telah mendapat dua anugerah khas iaitu Spiker dan Setter Terbaik....Sekali lagi setinggi-tinggi tahniah kepada jurulatih-jurulatih yang telah berkorban tenaga dan masa untuk melatih pasukan ini.Adik Noralif Shah adalah salah seorang daripada pasukan Terengganu itu dan sekaligus membawa nama SETIU serta SK KAMPUNG FIKRI ( SG TONG ) di Arena Kebangsaan.

Dengan ini pada Tahun 2014 Adik Noralif Shah menjadi wira dan idola kepada murid-murid lain di sini untuk mencipta nama dalam sukan Bola Tampar.



Wednesday, 15 October 2014

SELAMAT BERSARA


Selamat Bersara diucapkan kepada Cikgu Zakiah binti Hasshim setelah berkhidmat selama lebih 38 tahun dengan KPM dan hampir 10 tahun di SKKFST. Seluruh warga SKKFST mendoakan semoga Cikgu sentiasa diberi perlindungan dan kesihatan berpanjangan oleh Allah SWT serta dimurahkan rezeki dan berbahagia bersama keluarga tercinta.Terima kasih Cikgu....SELAMAT BERSARA dan jasamu tetap dikenang.
Majlis Persaraan Cikgu Zakiah akan diadakan pada 3 November 2014 ( Isnin ) ini bertempat di SKKFST.Amatlah diharapkan agar warga SKKFST dapat hadir bagi memberikan sokongan kepada majlis tersebut selain sebagai tanda terima kasih dan perhargaan kepada Cikgu Zakiah yang telah lama bersama dengan warga SKKFST.

Monday, 6 October 2014

WIRA BARU...

NORALIFSHAH BIN NORAZLAN SHAH O'BRIEN ( 12 TAHUN )....
Jika tahun lalu seorang murid dari SKKFST telah dipilih untuk ke Sarawak bagi mewakili Negeri ke Peringkat Kebangsaan, warga sekolah sekali lagi boleh berbangga dengan kejayaan yang sama apabila seorang lagi wira baru akan mencipta nama dan mengikut jejak langkah sekaligus membawa nama SK Kampung Fikri ( Sg Tong ) Ke Arena Kebangsaan.
Adik Noralifshah akan menjalani Latihan Pusat di SMK Bukit Nenas pada 10-15 Oktober 2014 dan seterusnya akan bertolak ke Bentong,Pahang Darul Makmur pada 16 Oktober 2014 untuk menghadiri Kejohanan Bola Tampar Bawah 12 Tahun MSSM pada 18-20 Oktober 2014.
Guru yang bertanggungjawab membawa murid ini ke tahap sekarang adalah PKKO sendiri iaitu Cikgu Mohd Sabri bin Mohd.SYABAS dan TAHNIAH diucapkan kepada semua yang terlibat dan SELAMAT MAJU JAYA kepad Adik Alif.Semoga anda pulang dengan kejayaan yang membanggakan semua orang termasuk ibu bapa anda sendiri.WISH YOU LUCK!!!!

Wednesday, 1 October 2014

SICILIK KEBANGGAAN KAMI...

AHMAD SAUQI BIN HJ SAIFUDDIN ( 6 TAHUN ) - Setelah dipilih mewakili Daerah Setiu untuk program Kecemerlangan Pendidikan Prasekolah Peringkat Negeri Terengganu 2014 pada 24 Sept 2014 di SMK( Sukan ) Bukit Nenas, Setiu yang lalu Daerah Setiu telah dinobatkan sebagai JOHAN dalam acara Smart Kick ( futsal ),sicilik ini sekali lagi dipilih mewakili Negeri Terengganu ke Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di Selatan Tanah air iaitu Johor Darul Takzim pada tarikh yang belum ditentukan.Sekaligus membawa nama SK Kampung Fikri ( Sg Tong ) ke Selatan.Sekalung TAHNIAH Dan SYABAS diucapkan kepada Adik Sauqi dengan harapan daripada warga sekolah anda akan membawa pulang KEJAYAAN yang cemerlang..!!!!!

SALAM AIDILADHA - SELAMAT MENJALANI IBADAH KORBAN

Firman allah;
Maksudnya;
Sesungguhnya Kami (Allah) telah memberi engkau (ya Muhammad) akan kebajikan yang banyak. Oleh itu dirikanlah solat kerana Tuhanmu ( pada Hari Raya Haji) dan sembelihlah (binatang) korbanmu (sebagai ibadah dan mensyukuri nikmat Tuhanmu).” (Surah al-Kauthar : ayat 1-2)
Maksudnya ;
“Dan telah Kami (Allah) jadikan untuk kamu unta-unta itu sebagai syiar agama Allah. Kamu banyak memperoleh kebaikan daripadanya, maka sebutlah nama Allah ketika kamu menyembelihnya.” ( Al-Haj ; 36)

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA
“Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan.”
(Hadis riwayat At-Tirmizi)

*Sumber : google.com (http://www.maij.gov.my/?p=967

BERDIRI TEGUH !!!

ENGLISH CENTRE ~ satu lagi bangunan yang baru dibangunkan dan berdiri teguh di pintu hadapan masuk sekolah berhampiran pondok pengawal keselamatan yang amat dibanggakan oleh warga sekolah.Selaras dengan Kebitaraan Bahasa Inggeris maka 
" English centre " didirikan untuk kemudahan murid dan guru dalam menjalankan P & P.
Hiasan pada dinding telah dilukis sendiri oleh guru SKKFST iaitu Cikgu Sulaiman bin Salleh bersama Cikgu Zurina Azra dan dibantu guru-guru lain.
Semoga dengan kemudahan yang disediakan oleh pihak sekolah ini dapat digunakan oleh murid dengan baik dan penuh manfaat.Pelbagai peralatan juga disediakan di dalam bangunan ini seperti buku-buku, satu unit komputer,Lego serta peralatan-peralatan yang berkaitan.