...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Monday 24 April 2017

SAMBUTAN ISRAK MIKRAJ PERINGKAT SEKOLAH

Alhamdulillah pada hari Ahad 23 April 2017 lalu telah diadakan sambutan Israk Mikraj peringkat sekolah untuk murid dan warga sekolah. Majlis ini adalah anjuran Panitia Pendidikan Islam. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran kepada murid-murid tentang peristiwa besar dalam Islam. Ianya juga untuk meningkatkan kefahaman murid-murid tentang peristiwa Israk Mikraj dan mengambil pengajaran daripadanya.
Aktiviti yang dijalankan ialah pertandingan mewarna untuk murid Pra Sekolah, ceramah untuk murid Tahun 1 hingga Tahun 6, pertandingan kuiz untuk murid Tahap 2 dan memasang puzzle untuk murid Tahap 1. Ceramah telah disampaikan oleh Ustaz Azman bin Ali Akmal yang juga merupakan Guru KAFA SKKFST.

 Ceramah dan pertandingan mewarna kategori murid Pra.
ceramah daripada Ustaz Azman tentang sejarah isra’ mikraj sambil menayangkan slide diselang seli dengan tayangan untuk menarik minat murid-murid. Sekaligus, penggunaan multimedia yang interaktif ini membuatkan ceramah yang disampaikan terasa begitu cepat.
Sesi menjawab soalan kuiz dan hadiah diberikan kepada murid yang dapat menjawab soalan dengan tepat.
Pertandingan puzzle untuk murid Tahap 1 yang diadakan di kantin sekolah.Majlis hari itu berakhir kira-kira jam 1.30 petang.

 Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan sambutan Israk dan Mikraj peringkat sekolah untuk tahun ini.Tahniah kepada Panitia pendidikan Islam Di atas penganjuran program tersebut.

No comments:

Post a Comment