...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Didekatkanlah syurga itu kepada orang-orang yang bertaqwa pada tempat yang tidak jauh dari mereka. Inilah yang dijanjikan kepadamu, iaitu kepada setiap hamba yang selalu kembali pada Allah lagi memelihara semua peraturan-peraturan-Nya. Orang yang takut kepada Tuhan Yang Maha Pemurah, sedang Dia tidak kelihatan olehnya dan dia datang dengan hati yang bertaubat. Masukilah syurga itu dengan aman, itulah hari kekekalan. Mereka di dalamnya memperoleh apa yang mereka kehendaki dan pada sisi Kami ada tambahannya.” (Al-Quran, Qaaf: 31-35)"

Monday, 3 April 2017

PERTANDINGAN MTQ PERINGKAT ZON SETIU TIMUR 2017

Setiu -  3 April 2017, bertempat di SK Bari Sungai Tong sebagai tuan rumah pada tahun ini  pasukan MTQ SKKFST telah berentap dengan beberapa buah sekolah dalam Zon Setiu Timur  bagi memilih para peserta untuk mewakili zon ini pada MTQ peringkat antara zon dalam PPD Setiu. SKKFST telah menyertai kesemua acara yang dipertandingkan antaranya ialah Tilawah Lelaki & Perempuan, Bercerita Lelaki & Perempuan.

Keputusan rasmi :
Bercerita (L) :
1. Johan : SK Pak Ba
2. Naib Johan; SK Sg Las
3. Ketiga: SK kg Fikri

Bercerita (P)
1. Johan : SK Sg Tong
2. Naib Johan:SK kg Fikri
3. Ketiga: SK Pak Ba
Tilawah (L)
1. Johan : SK Kg Fikri
2. Naib Johan: SK Sg Tong
3. Ketiga:SK Lubok Teras
Tilawah (P)
1. Johan : SK.Kg.Bari
2. Naib Johan: SK Pak BA
3. Ketiga: SK Sg Las
 JOHAN TILAWAH (L) - ADIK AHMAD SHAUQI BIN SAIFUDDIN
NAIB JOHAN BERCERITA (P) - ADIK NADHIRAH BINTI SULAIMAN
KETIGA BERCERITA (L) - ADIK WAN ADIED IKHWAN BIN WAN SOBRI
PENYERTAAN TILAWAH (P) - ADIK NOR AFIQAH BINTI SAMSUDDIN
TAHNIAH!!! dirakamkan kepada semua peserta serta guru-guru yang terlibat.




No comments:

Post a Comment