...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Saturday 13 May 2017

SAMBUTAN HARU GURU 2017




Setiap kali tiba 16 Mei  kita akan memperingati Hari Guru.  Hari guru diperingati untuk mengenang jasa dan pengorbanan warga pendidik khususnya. Ada macam-macam cara dilakukan untuk menunjukkan ekspressi penghargaan kepada guru. Beri ucapan melalui ucapan, kiriman SMS dan kini lebih popular melalui media sosial seperti facebook, tweeter, instagram dan whatsapp.Sambutan Hari Guru peringkat Kebangsaan pada tahun ini akan diadakan di Educity Sports Complex, Iskandar Puteri Johor Darul Takzim.





TEMA SAMBUTAN HARI GURU KALI KE-46 TAHUN 2017...



  • Huraian Tema Hari Guru 2017
Tema - Guru : Pembina Negara Bangsa

Definisi


Guru:
Pengajar, pendidik atau pembimbing yang menyumbang khidmat bakti dalam semua bentuk institusi pendidikan yang menjadi penggerak serta pendukung kepada pembangunan pendidikan negara.

Guru merupakan insan yang berpengetahuan luas, berkemahiran tinggi dalam bidangnya dan mempunyai keperibadian terpuji serta berupaya menjadikan diri mereka sebagai suri teladan.

Pembina: Individu yang membangun, membina, mendirikan dan membentuk sesuatu untuk mencapai matlamat yang dihasratkan.
Dalam konteks pendidikan, guru berperanan sebagai individu yang membina dan membentuk kualiti individu murid/pelajar dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek (kognitif) bagi memenuhi aspirasi penididikan.

Negara Bangsa: Kumpulan manusia dalam satu ijatan ketatanegaraan yang mapan.

Negara Bangsa dalam konteks ini bermatlamat untuk memastikan setiap pelajar memiliki jati diri yang kukuh, patriotik, berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai moral, hidup sebagai sebuah masyarakat yang penyayang, demokratik, liberal, bertolak ansur, berfikiran dan berbudaya saintifik serta bersatu padu.











"Guru : Pembina Negara Bangsa"

No comments:

Post a Comment