...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Monday 18 May 2015

SAMBUTAN HARI GURU & HARI PEKERJA 2015


 Warga SKKFST 2015
18 Mei 2015 - SKKFST  telah mengadakan majlis sambutan Hari Guru dan Hari Pekerja serentak semalam bertempat di kantin SKKFST. Sambutan ini bertujuan untuk menghargai jasa dan pengorbanan guru dalam usaha membentuk generasi yang berwibawa serta penat lelah kakitangan -kakitangan  sokongan selama ini.
Acara bermula seawal jam 8.30 pagi dimulakan dengan nyanyian lagu NEGARAKU dan seterusnya bacaan perutusan-perutusan yang disampaikan oleh GPK-GPK serta ucapan daripada Tuan Guru Besar SKKFST.
Guru-guru menyanyikan lagu Guru Malaysia yang diketuai oleh cikgu Mohd Sabri bin Mohd.
Bacaan ikrar Guru yang diketuai oleh cikgu Wan Izimi bin Wan Md Zin.
Acara memotong kek oleh Tuan Guru Besar bersama GPK-GPK.Kek adalah sumbangan Daripada ADUN Langkap dan bekas murid SKKFST.Terima kasih kepada YB.

Pada sambutan kali ini, acara sukaneka menjadi pilihan warga SKKFST untuk dipertandingkan yang mana sebelum ini permainan bola tampar menjadi taruhan dan kali ini ianya mendapat sambutan hangat murid-murid dan guru-guru begitu teruja untuk menghabiskan permainan.Sambutan sangat meriah dan kecoh sekali.
Gelagat-gelagat semasa acara sukaneka dijalankan.

Hadiah? Biasalah...Hari Guru dan hadiah tidak dapat dipisahkan, ibarat seperti ubat gigi dan berus gigi. Murid-murid sangat tidak sabar untuk memberi hadiah kepada guru masing-masing. Pekerja-pekerja juga tidak ketinggalan turut mendapat perhargaan daripada murid-murid.
Terima kasih anak-anak....kami sangat menghargai pemberian ini...

Sesi pertukaran hadiah antara guru-guru dan pekerja-pekerja.
Penyampaian hadiah kemenangan dalam acara sukaneka oleh GPK pentadbiran Puan Rosliwati binti Sidik Ahmad.
Pemberian aiskrim percuma juga turut memeriahkan sambutan Hari Guru Dan hari Pekerja SKKFST semalam. Bukan murid-murid jer malah guru-guru turut beratur mendapatkan aiskrim...hehehe..... Terima kasih kepada Puan Natitah ( PT ) kerana belanja kami..... :)
Ucapan terima kasih kepada pihak kantin untuk hidangan yang sangat lazat dan awesome... :)

Akhir kalam...terima kasih atas semua komitmen dan kerjasama yang diberikan dalam menjayakan sambutan Hari Guru & Hari Pekerja bagi tahun ini. " saya sayang cikgu saya "


" TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA ENTRY SAYA "

No comments:

Post a Comment